Walau tidak berjaya membawa pulang trofi kemenangan, atlet berusia 22 tahun ini cukup positif dengan pengalaman berharga yang diperolehinya di temasya sukan itu.
“Saya tak rasa saya pulang dengan tangan kosong, saya balik dengan sesuatu iaitu pengalaman,” katanya sewaktu ditemu bual oleh Astro Arena sejurus acara tamat.
Dia mengalirkan air mata dan mengakui berasa bangga dengan pencapaiannya selepas terpaksa mengharungi beberapa cabaran.