Dhabitah yang menjadi sebutan kerana senyuman manis dan barisan gigi yang tersusun cantik telah banyak meraih pencapaian hebat sepanjang bergelar atlet.
Ini juga bukanlah penampilan pertamanya di Olimpik. Sebelum ini dia pernah menyertai Olimpik Rio 2016 pada usia yang begitu muda, 17 tahun.
Tidak dinafikan anak kelahiran Kuala Lumpur ini sememangnya kebanggaan negara. Dengan tekad, potensi dan pengalaman yang diperolehi, dia pasti akan pergi lebih jauh dalam sukan Olimpik yang akan datang.
Foto: Instagram
Baca: 10 Perkara Mesti Tahu Tentang Atlet Berhijab Pertama Amerika Syarikat Beraksi Di Olimpik