Umum tahu yang mana sekarang ini bumi Eropah turut mengikuti gerakan Time’s Up dengan tampil serba hitam dalam persalinan masing-masing. Namun, Duchess of Cambridge ini memilih untuk tidak berpakaian menyokong gerakan itu, tetapi kenapa?
Melihat kerabat Diraja Britain di karpet merah acara anugerah sebegini adalah sangat rare tetapi Kate Middleton menjadi antara yang terkecuali. Untuk tahun kedua, Duchess of Cambridge ini tampil di BAFTA Awards pada 18 Feb di London dan pilihan busananya mungkin atau tidak mungkin mengejutkan anda.
Kali ini, selebriti tampil serba hitam sebagai tanda sokongan gerakan Time’s Up yang mana sebagai tanda menentang gangguan seksual di tempat kerja. Namun, ahli keluarga Diraja ini memilih untuk tidak mengenakan pakaian berona hitam demi mengelakkan diri dari terkait dengan sebarang isu politikal (yang mana mereka sendiri tidak mengundi), Kate memilih untuk mengikuti protokol dan tampil dalam gaun berona hijau gelap rekaan Jenny Packham, yang ditambah aksesori beg clutch berona hitam serta barang kemas material zamrud.
Klik seterusnya untuk lihat penampilan Duchess of Cambridge di BAFTA Awards yang berlangsung Ahad lalu.