Meskipun aktres dari Amerika Syarikat ini bakal berpindah ke sebuah kediaman di kawasan Istana Kensington, Meghan Markle tidak akan bergelar puteri. Tetapi kenapa? Ini sebabnya.
Kini Meghan Markle telah secara rasmi bertunang dengan Putera Harry, namun yang menjadi persoalan sekarang ini adalah gelaran Diraja yang bakal diberikan kepada aktres tersebut.
Tidak seperti Kate Middleton, walaubagaimanapun Meghan tidak diberikan gelaran Puteri tetapi sebagai Duchess of Sussex yang paling sesuai.
Pabila Kate berkahwin dengan Putera William, pasangan ini menerima gelaran Diraja sebagai Duke dan Duchess of Cambridge. Sebagai pewaris takhta selepas Putera Charles, William dijangka menjadi Prince of Wales dan Kate akan sekaligus menjadi Princess of Wales pabila Charles menurunkan takhtanya. (Puteri Diana sudah semestinya mendapat gelaran Princess of Wales ketika dia masih hidup.)
Putera Harry kini berada di tangga ke-5 sebelum memegang takhta dan bakal jatuh ke tangga ke-6 selepas bayi ke-3 Putera William dan Kate dilahirkan pada bulan April 2018 nanti.
Majoriti orang dalaman istana percaya yang mana Ratu Elizabeth II bakal menyerahkan royal dukedom seperti Putera William terima sejak berkahwin pada tahun 2011, Putera Harry bakal dijadikan Duke of Sussex pada hari perkahwinannya nanti. Ini sekaligus menjadikan Meghan sebagai Duchess of Sussex, sama seperti Kate yang mana bergelar Duchess of Cambridge.
Pilihan lain termasuklah Duke of Clarence dan Avondale, Duke of Connaught dan Duke of Windsor tetapi ia mengingatkan kembali kenangan mendiang Duke of Windsor (Edward VIII) yang diturunkan takhta kerana berkahwin dengan wanita Amerika yang sudah bercerai.
“Melainkan pihak istana memberikan gelaran baru buat mereka, saya rasa Duke of Sussex adalah gelaran yang paling tepat. Jika tidak, Meghan akan dikenali sebagai Puteri Henry of Wales dan orang sekarang tidak akan faham akan gelaran itu. Tetapi mereka mungkin boleh mengejutkan kita,” kata Joe Little dari majalah Majesty.
Kenyataan Clarence House mengesahkan yang mana pasangan ini bakal menetap di Nottingham Cottage, yang mana kediaman Harry yang mempunyai dua kamar tidur di Kensington Palace di London, di mana semua staff di situ telah mengenali Meghan.
Sama seperti Putera William dan Kate Middleton yang pernah tinggal bersama di St. Andrews University dan kemudian di kediaman kecil di ladang yang terletak di North Wales sebelum mereka berkahwin pada April 2011. Ada spekulasi yang menyatakan satu hari nanti Putera Harry bakal berpindah ke Apartment 1 di dalam istana, yang mana mempunyai 21 buah kamar tidur, kini merupakan kediaman kepada Duke dan Duchess of Gloucester.