Pusing ke kiri mahupun ke kanan serba tidak kena dek sengal di belakang badan. Aduh, mengapa ia berlaku? EH! ada jawapannya.
Ia bukanlah tergolong dalam penyakit berjangkit mahupun serius, namun walau sihat mana pun seseorang itu, sakit belakang semestinya dialami semua orang. Tidak kira usia, hamil mahupun tidak, sakit belakang bisa beri rasa tidak selesa secara berterusan. Ketahui tujuh punca sakit belakang yang tabiatnya anda pandang sebelah mata.