Menyambut Hari Ibu Bapa, dua jenama tersohor iaitu HWC COFFEE dan Diamond & Platinum berganding ‘tangan’ buat pertama kali, menyatukan aroma kopi istimewa dan kilauan berlian dalam satu hadiah penuh makna, rantai emas ros eksklusif yang dihiasi berlian perang semula jadi.
Kolaborasi HWC COFFEE dan Diamond & Platinum ini diilhamkan oleh keindahan sebutir biji kopi yang kecil namun sarat makna, rekaan rantai ini menggambarkan keikhlasan, kenangan dan kasih yang tidak bertepi.
Setiap biji kopi menyimpan kisah dari tanah asalnya, melalui seni pemanggangan hingga tiba ke cawan dan kini, ia diabadikan dalam seutas rantai yang memancarkan kasih sayang khas buat tersayang.
“Sparkle for Parents” cinta yang dihidang dalam cawan
Dalam dunia yang laju berputar, kita kadang lupa pada insan yang menjadi akar kekuatan kita iaitu ibu dan ayah. Berapa banyak pengorbanan mereka yang tidak sempat kita balas? Berapa banyak kata terima kasih yang belum sempat diluah?
Kempen “Sparkle for Parents: Cinta Dalam Secawan Kopi” hadir sebagai seruan lembut, mengajak kita berhenti sejenak ‘menghidangkan’ secawan kopi hangat bersama seuntai kasih tulus kepada mereka yang membesarkan kita tanpa syarat.
Aroma kopi menjadi simbol rasa “rumah”, sementara rantai berlian ini adalah tanda penghargaan setelah segala lelah yang mereka tempuhi. Dalam gabungan kecil ini, tersimpul cinta yang cukup besar untuk menghangatkan hati.
Momen Menyentuh Jiwa Mierul Aiman
Kolaborasi ini lebih bermakna dengan kehadiran pelakon popular Mierul Aiman yang membintangi video promosi eksklusif “Sparkle for Parents”. Lakonannya yang penuh kejujuran telah menyentuh hati ramai, mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan peminat di media sosial.
Mesejnya jelas, cinta dan penghargaan kepada ibu bapa tak perlu tunggu waktu sempurna, cukup dengan niat tulus dan satu detik bermakna.
Dan itulah yang ingin disampaikan HWC COFFEE, semoga secawan kopi menjadi jendela kepada pelukan dan seutas rantai menjadi lambang kasih yang sentiasa hidup.
Baca: HWC Coffee Umumkan Sijil Halal dan Menu Baharu Untuk Dicuba!