Salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda berkahwin ialah tahap kematangan pasangan anda. Umur bukanlah satu-satunya faktor yang mempengaruhi kematangan seseorang kerana sesetengah lelaki juga memiliki ciri toksik yang tidak ditunjukkan kepada anda. RED FLAGS.
Salah satu red flags sebelum berkahwin ialah pasangan anda menghadapi kesukaran menguruskan wang dan ruang peribadi mereka, mempunyai pekerjaan yang tidak stabil dan tidak membuat perancangan untuk masa depan, dan tidak menjaga diri mereka sendiri. Tetapi adakah ia cukup toksik?
Elakkan 5 ciri lelaki toksik ini sebelum anda serius ke fasa seterusnya dalam hubungan:
1. Terlalu mengawal tingkah laku.
Tingkah laku yang terlalu mengawal (mengongkong) adalah red flag dan tidak sihat dalam perhubungan. Pasangan yang cuba mengawal pergerakan, keputusan atau kepercayaan anda lebih mementingkan perkara yang mereka mahukan daripada perkara yang terbaik untuk anda. Jika seorang lelaki atau perempuan cuba mengawal apa yang anda pakai atau ke mana anda pergi, ini adalah sifat toksik. Dalam hubungan yang sihat, terdapat kompromi dan persefahaman mengenai perbezaan.
2. Penderaan fizikal, emosi & mental.
Penderaan fizikal, emosi dan mental adalah red flag yang tidak sepatutnya terjadi dalam mana-mana perhubungan. Penderaan fizikal mungkin boleh ditolerasi sedikit tetapi penderaan emosi dan mental boleh merosakkan kehidupan seseorang dan menyebabkan trauma dalam jangka masa panjang. Tiada sesiapa pun berhak untuk menggunakan anda sebagai kambing hitam atau menyalahkan diri anda untuk masalah mereka sendiri. Cepat putuskan hubungan jika Si Dia memiliki sifat toksik ini!
3. Narsisisme.
Gangguan personaliti narsis ialah keadaan mental yang menunjukkan obsesi diri dan rasa kepentingan yang tidak pada tempatnya. Ia boleh dilihat sebagai khayalan keagungan, walaupun tidak dalam erti kata klinikal dimana mereka mempunyai kelebihan tersebut. Narsistik ialah seseorang yang mengalami Gangguan Personaliti Narsis (NPD). Kebiasaannya penyakit narsistik ini berlaku kepada kaum lelaki dan tipis kepada kaum wanita. Ia berpunca kerana mereka ini mempunyai rasa ragu dan tidak yakin dengan diri sendiri, malah sukar untuk mengawal keadaan. Ketahuilah bahawa hubungan dengan seorang narsisis boleh merosotkan mentaliti anda dan anda berpontensi untuk mengalami kecederaan emosi.
4. Gaslight.
Gaslight digunakan apabila pasangan memutarbelitkan kebenaran untuk faedah mereka dengan menanamkan keraguan diri dalam pasangan. Pernahkah anda mendapati diri anda kerap mempersoalkan masalah diri dan kewujudan diri dalam hubungan? Jika ya, pasangan anda adalah seorang toksik. Ia adalah satu bentuk penderaan emosi yang berbahaya di mana manipulator akan membuat anda mempersoalkan kewarasan atau keyakinann anda sendiri.
5. Panas baran.
Jika seseorang yang anda rapat mempunyai masalah pengurusan kemarahan atau panas baran, anda mungkin perlu selamatkan diri terlebih dahulu. Kekurangan pertuturan dalam emosi adalah red flag yang paling perlu dielakkan dalam sebarang hubungan. Kita semua sepatutnya berasa cukup selesa dengan rakan kongsi atau rakan untuk menangani subjek yang sukar tanpa takut akan keselamatan kita. Sesiapa sahaja tidak kira sama ada lelaki atau wanita, yang menggunakan kemarahan sebagai taktik intimidasi menunjukkan tingkah laku toksik adalah bahaya.