Tidak sah kala sudah bergaya untuk keluar bersama teman tidak mengambil sebarang gambar OOTD. Ia ibarat satu kewajipan sekarang ini, lebih-lebih lagi buat kalangan perempuan. Tetapi adakah anda tahu bagaimana untuk dapatkan gambar OOTD terbaik? Jawapannya di dalam rencana ini.
Kunci pada gambar OOTD terbaik juga bergantung pada jenis kamera serta skil dalam mengambil gambar. Dengan Canon EOS M100, segalanya menjadi lebih mudah untuk merakam setiap momen bermakna anda.
Sesetengah kamera, ia direka dengan bercirikan cukup formal tetapi Canon EOS M100 ia dihasilkan dengan mood yang sebati dengan gaya hidup masa kini, dalam masa yang sama sesuai untuk dijadikan aksesori fesyen buat generasi muda yang mahu menjinakkan diri dalam dunia fotografi.
EOS M100 terbaharu tampil dengan pelbagai rupa jaket serta kits kamera buat mereka yang mahukan stail serta gaya yang tersendiri.
Direka dengan fungsi sambungan tanpa wayar yang membolehkan anda mengambil gambar serta kongsi cetakan gambar yang diambil ketika momen bermakna.
Tema EOS M100 “Life Is Fashion” sesuai dengan mereka penggemar fesyen yang mencari satu gajet yang boleh menjadi salah satu aksesori fesyen dan pada masa yang sama menjadi rakan gambar yang memudahkan sesi bergambar.
Ia boleh didapati dalam variasi rona termasuklah rona kelabu, putih dan hitam pada harga RM2,499 (kit lensa EF-M15-45 IS STM) dan RM3,099 (kit lensa EF-M15-45 IS STM & EF-M22 IS STM).
EH! kongsikan ciri-ciri Canon EOS M100 yang dapat menghasilkan gambar OOTD harian anda yang lebih menakjubkan.
1. Ia direka untuk pengguna baru yang mahu berjinak dengan penggunaan kamera mirrorless SLR serta mahukan kualiti imej yang tinggi.
2. Buat penggemar fesyen, EOS M100 boleh dijadikan aksesori fesyen anda kerana ia dihasilkan dengan gaya yang tersendiri pabila ia hadir dengan jaket yang berlainan.
3. Ia ringan dan kompak, mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja. Sesuai untuk digunakan untuk penggambaran setiap hari kerana ia mudah untuk dikendalikan.
4. Dengan skrin paparan sebesar 3 inci yang boleh dipusingkan 180 darjah, ia membolehkan anda untuk mengambil swafoto dengan mudah. Bahkan, fungsi skrin sesentuh membolehkan anda untuk merakam gambar pada sisi yang agak rendah serta menyenangkan anda untuk fokus pada sesuatu objek.
5. Pemproses imej DIGIC 7 dapat menghasilkan gambar low-noise, gambar malam yang lebih hidup atau mungkin sesi makan malam di restoran.
6. Ia dicipta dengan kebolehan penyambungan menerusi fungsi WiFi, NFC dan Bluetooth. Dengan hanya perlu memuat turun aplikasi Canon Camera Connect di dalam telefon pintar anda, ia membolehkan pengguna untuk menyimpan, berkongsi imej dan video juga menggunakan telefon anda sebagai monitor demi memudahkan sesi bergambar.
Canon Selphy CP1300
[envira-gallery id=”113162″]
Kongsi gambar momen indah anda dengan Canon Selphy CP1300. Ia dapat memberikan pengguna peluang untuk mengumpul memori dengan mencetak gambar yang diambil serta-merta tidak kira di mana jua anda berada. Gambar yang dicetak dapat bertahan selamanya kerana ia menggunakan filem khas yang mana pabila disimpan di dalam album, ronanya akan kekal lebih dari 100 tahun. Ia boleh dikatakan teman terbaik buat kamera EOS M100 yang boleh didapati pada harga RM599.
*Buat yang mahu merasai pengalaman menggunakan kamera terbaharu dari Canon ini, anda boleh ke outlet Canon Image Square dan pengedar Canon yang sah atau menerusi atas talian di stor Canon Official di laman web Lazada Malaysia.