Walaupun ramai memilih untuk quickie, seks lebih lama lebih menyeronokkan! EH! senaraikan helah untuk membawa sesi asmaramu to a whole new level!
1. Latih teknik pernafasan dalaman
EH! menyarankan untuk anda melakukan latihan pernafasan kerana nafas membolehkan tenaga mengalir ke seluruh tubuh di mana intensiti sensasi di bahagian bawah tubuh badan dapat disalurkan ke seluruh badan. Jadi, seks tahan lebih lama daripada kebiasaannya!
2. “Seks” bukan sekadar penetrasi
Setiap orang mempunyai definisi yang berbeza tentang apa erti seks bagi mereka. Apatah lagi untuk seks tahan yang lebih lama. Dalam konteks ini secara khusus, penting untuk anda tahu “seks” bukan hanya bermaksud penetrasi. Seks merangkumi banyak rutin yang lain termasuk foreplay, ciuman, urutan dan sebagainya.
3. Praktikkan mindfulness
Latihan dengan penuh perhatian dan pernafasan yang bagus juga dapat membantu melambatkan ejakulasi. Bonus: Berlatih dengan penuh perhatian di luar bilik tidur juga dapat membantu ‘permainan’ di ranjang. Cuba meditasi sekali sehari atau cuba fokus ketika sedang makan di mana anda benar-benar merasi tekstur makanan sambil mengelakkan gangguan, seperti telefon anda.
4. Fokus pada keseronokan pasangan
Sekiranya anda sudah mahu mencapai orgasme, ambil langkah untuk fokus dan beri perhatian anda kepada keseronokan pasangan. Tip : berhenti seketika sebaik sahaja anda mahu capai orgasme, kemudian berehat sebentar, dan mulakan kembali. Ini akan melambatkan keghairahan dengan mengalihkan perhatian anda kepada pasangan anda.
Baca: Perbaiki Hubungan Bersama Pasangan Dengan 4 Cara Ini
5. Practice makes perfect
Paling serius! Sekiranya situasi penamat pramatang ini tidak berpunca daripada masalah perubatan untuk salah seorang daripada anda, luangkan masa lebih banyak bersama. Latih diri dan pasangan jika masalah kesihatan bukan penghalang. Bagi sesetengah pasangan, ini adalah masalah penyediaan ketahanan seksual. Ia sama dengan bila anda ke gim untuk menjadi sihat dan cerdas. Seks tahan lama juga perlukan masa dan banyak latihan bersama.
6. Luang lebih banyak masa untuk sesi foreplay
Menghabiskan lebih banyak masa untuk sesi foreplay adalah taktik genuis. Lebihkan masa di peringkat awal agar anda dan pasangan lebih panas akan ini akan memanjangkan sesi seks secara keseluruhan langsung memastikan anda berdua berpuas hati.
7. Cuba sesuatu yang baru
Apabila anda telah bersama pasangan yang sama untuk jangka masa yang lama, rutin seks seakan sudah dapat dijangka. Bukan sahaja akal, malah badan juga sudah menjangka posisi yang akan dilakukan oleh pasangan seterusnya. Posisi dan sensasi baru akan mengalihkan perhatian dan menjadikan seks tahan lama. Lokasi baharu dan tidak biasa, semakin baik untuk sesi asmara anda dan si dia.
8. Galakkan pasangan mengamalkan senaman kegel, yoga, dan pilates
Semua latihan ini dapat menguatkan otot-otot dasar pelvis, yang membantu mengawal kekejangan orgasme.
Artikel asal: GLAM MALAYSIA