Walaupun ramai ingin mengunjungi restoran terkenal seperti Rembayung, sebenarnya terdapat banyak lagi pilihan restoran masakan Melayu yang tidak kurang hebatnya.
Sama ada untuk makan bersama keluarga atau bersantai dengan rakan, setiap restoran ini menawarkan pengalaman makan yang unik dan autentik, memastikan citarasa Melayu terus dihargai di tengah kesibukan bandar.
EH! senaraikan 10 restoran masakan Melayu T20 yang wajib dicuba, dari hidangan klasik seperti rendang dan sambal sotong, hingga sajian pencuci mulut tradisional yang memikat selera.
Banglo 289
Berlokasi di tiga tempat popular, Jalan Raja Chulan, Elmina Lakeside Mall dan IOI City Mall, Putrajaya, Banglo 289 membawa pengalaman makan ala rumah kampung Melayu “Masakan Kampung, Chara Orang Dulu-dulu” dengan dalam suasana santai ala bungalow moden yang “Instagram‑worthy”. Restoran ini menekankan masakan tradisional Melayu yang dimasak segar tanpa bahan perasa tiruan, memberikan rasa autentik seolah-olah sedang menjamu selera di perkampungan.
Cili Kampung
Gabungan dekor moden dan nostalgia kampung, serta lokasi strategik di pusat beli-belah utama, Cili Kampung menjadi pilihan ideal bagi pencinta masakan tradisional yang ingin menikmati suasana santai serta ingin membeli belah dalam satu masa. Restoran ini sesuai untuk makan tengah hari mahupun majlis istimewa bersama keluarga dan rakan. Menu istimewa termasuk masak lemak cili api, masak kicap, sambal udang petai, asam pedas, terung goreng belacan, serta hidangan kampung klasik lain yang dimasak menggunakan bahan segar dan menitikberatkan rasa pedas yang asli.
De.Wan 1958 by Chef Wan
Diasaskan oleh selebriti chef terkenal, Datuk Redzuawan “Chef Wan” Ismail, restoran ini bertujuan untuk mencipta kembali warisan masakan Malaysia klasik dengan sentuhan moden dan teknikal kulinari profesional, sesuai untuk makan malam istimewa, sajian keluarga, atau pengalaman makan tradisional yang elegan. Dekorasi ruangnya bergaya moden dan sophisticated, membayangkan pengalaman makan “upscale” tetapi tetap berakar pada tradisi masakan Melayu.
Meriah TRX
Meriah TRX menampilkan konsep kontemporari dengan pengalaman “Modern Nusantara”, menggabungkan citarasa Melayu, Thai, dan Indonesia dalam suasana ceria dan urban di The Exchange TRX. Menu restoran ini merangkumi kari pedas, ayam bakar berperisa kuat, short rib rendang, nasi ambeng, serta pelbagai lauk disertai sambal dan keropok.
The Roomah
The Roomah membawa konsep restoran moden dengan suasana santai dan hip di Publika, memadukan hidangan inspirasional yang menggabungkan elemen Melayu dengan comfort food barat. Menu yang ditawarkan termasuk plat kongsi, hidangan fusion, comfort food kreatif, serta sentuhan lauk Melayu moden, semuanya disediakan menggunakan bahan berkualiti.















