Mencari juadah enak untuk dinikmati bersama keluarga sempena perayaan atau hari istimewa kini bukan lagi tugasan yang sukar kerana Nobu Kuala Lumpur telah menyediakan penyelesaian untuk anda.
Perayaan Tahun Baru Cina
Sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina, Nobu Kuala Lumpur telah menyediakan dua hidangan lazat yang turut mendapat sentuhan pengaruh Jepun dan Peru.
Hidangan The Nobu Style Prosperity Sashimi Platter boleh didapati pada harga RM188 untuk dua orang. Sajian ini menampilkan makanan laut segar seperti tuna, yellowtail dan sashimi salmon digabungkan dengan makanan yang menjadi kepercayaan orang cina seperti cauliflower, asparagus, cendawan shitake, kubis merah, pomelo, nangka, lobak merah jadi, bijan dan sos plum masam buatan sendiri.
Versi Premium Lobster Platter turut disediakan pada harga RM288 untuk dua orang. Tidak seperti Sashmi Platter, hidangan udang karang ini disajikan dalam gaya Nobu.
Nikmati juga sajian paling popular di Tahun Baru Cina iaitu “Nabe mono” Nobu Style pada harga RM288 untuk dua orang makan.
Diilhamkan oleh “Poon Choi” hidangan tradisional yang dimasak secara perlahan, hot pot ini dihidangkan dalam cara perkongsian dan ia adalah antara hidangan paling popular ketika musim perayaan.
Nikmati rasa lazat sup berasaskan kombu dan stok ayam yang penuh dengan rasa umami dicampur dengan cendawan bermusim, tauhu, bawang, kubis dan abalone. Pilih dua sajian protein seperti Wagyu Short Rib, ayam, udang air tawar dan kerang.
The Nobu Prosperity Platter dan New Year Hot Pot boleh didapati dari 11 Januari 2020 sehingga 2 Februari 2020.
Hari Kekasih
Bulan cinta bakal menemui pasangan yang hangat bercinta. Apa kata anda raikan bulan cinta ini dengan menwujudkan saat romantik dengan pasangan di Nobu Kuala Lumpur. Dipandu oleh citarasa orang Jepun dan Peru yang terkenal telah menghasilkan hidangan Valentine Omakase yang dihasilkan dengan bahan mewah seperti tiram, foie gras, landak laut, kaviar dan kelopak mawar.
Sajian ini dihidangkan bermula 13 Februari hingga 20 Februari 2020. Nikmatik tujuh hidangan Omakase yang menampilkan koleksi gastronomi yang pastinya sesuai dengan Hari Kekasih seperti tiram segar yang dipanggang dan Uni dan kaviar, sos Jalapeno dan Goma Anticucho dan tidak ketinggalan daging Wagyu Yamamomo Teriyaki bersama jeruk Beetroor, Crosnes dan Potata Soufflé dan dipadankan bersama Inaniwa Chuka with King Crab dan sos Moromi Miso.
Akhiri makan malam romantik dengan sajian yang dirias indah iaitu Candies Rose Petals dan Rose Mousse bersama beri segar dan jeli coklat.