Bersempena kehadiran Ramadan tahun ini, W Kuala Lumpur bakal mempersembahkan seleksi citarasa kegemaran Malaysia yang menjanjikan keunikan yang tersendiri.
Awal April nanti, Ramadan bakal membuka tirai kepada ibadah puasa buat seluruh umat Islam di seluruh dunia. Dan sudah pasti ramai yang mahu mengambil peluang tahun ini untuk berbuka puasa di lokasi-lokasi pilihan di sekitar kota. W Kuala Lumpur mempersembahkan seleksi citarasa kegemaran Malaysia untuk juadah bufet berbuka puasa bersama sahabat dan keluarga anda nanti.
Bermula 3 April sehingga 2 Mei 2022, restoran masakan pan-Asia, Flock di W Kuala Lumpur akan menyajikan sajian-sajian unik dan tersendiri yang berinspirasikan bazar malam di Malaysia melalui konsep ‘Bazaar Malam’. Pengunjung boleh mencuba setiap gerai bercitarasa tempatan yang akan yang akan disediakan oleh Cef Eksekutif Haznizam Hamzah dan Cef Suhalmi Mohammed Tasir.
Pengunjung akan menikmati selera kebudayaan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, selain citarasa antarabangsa yang disatukan penuh keunikan, Sebagai pembuka selera pengunjung boleh memilih antara ajnas kerabu Malayu, atau Rojak Pesembor dan Popiah Basah yang menjadi kegemaran ketika Ramadan. Kombinasi sushi bersama sate juga boleh iaitu Rendang Sushi juga boleh dicuba nanti.
Pengalaman gastromoni W Kuala Lumpur menjanjikan hidangan yang cukup indah untuk dirakam dan dikongsikan di media sosial nanti. Antara yang pasti menarik perhatian adalah Sabah Slipper Lobster Roti John yang berbeza kerana menggunakan udang kara sebagai resipi utama. Cef Suhalmi turut menyuntik sentuhan unik pada Rendang Tok yang menampilkan Angus Beef Ribs yang lembut dan menyelerakan. Menurutnya, dia menggunakan resipi keluarga yang menjadi kepakaran bapanya ketika kenduri. Cef Haznizam pula akan menyediakan hidangan Ikan Mayong Assam Pedas yang menggunakan resipi milik ibunya.
Sempurnakan kunjungan anda ke Flock dengan menikmati seleksi pemanis mulut yang disediakan oleh Cef Kevin Yong. Dia pernah mewakili negara di IKA Culinary World Cup dan dianugerahkan dengan Silve Medal Award. Antara hidangan yang perlu anda cuba termasuklah Guava Mousse, Papaya Panna Cotta serta D24 Durian Cheese Cake yang menggunakan sentuhan buah-buahan tempatan.
Bazaar Malam di Flock, W Kuala Lumpur bermula pada harga RM238 nett untuk dewasa dan RM118 nett untuk kanak-kanak berusia enma hingga 12 tahun. Kanak-kanak di bawah usia lima tahun pula berharga RM50 nett. Tempahan awal sebelum 30 Mac 2022 akan menerima diskaun sebanyak 20 peratus. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Foto: W Kuala Lumpur
Baca lebih lanjut: Ritma Retro A&W Dan Jamaica Blue