Selain dari bazar ramadan yang ditunggu-tunggu, ramai sebenarnya yang turut menantikan bufet ramadan di hotel dengan variasi hidangan makanan yang cukup menyelerakan. Termasuklah bufet berbuka puasa dengan citarasa ala kampung di New World Petaling Jaya Hotel.
Dengan dekorasi dalaman restoran Pasar Baru yang bertemakan ala pasar ini, ia mampu membuatkan sesi berbuka puasa anda lebih unik dan mengujakan.
Pasar Baru menghidangkan lebih 100 jenis hidangan makanan bercitarasa tempatan dan tradisional Malaysia untuk bufet Medan Kampung yang mereka tawarkan.
Mulakan pengalaman berbuka puasa anda di restoran ini dengan variasi makanan laut yang cukup segar seperti yabby yang diimport khas, siput buluh, ketam dan udang.
Beralih ke ruang hidangan masakan tradisional Melayu di kaunter utama termasuklah hidangan signature made-to-order sate daging dan ayam, makanan laut segar yang dipanggang dan bubur lambuk tradisi. Tidak dilupakan dengan ulam-ulaman buat menyempurnakan menu berbuka anda ala kampung. Buat yang mahu menjaga pemakanan yang sihat dan tidak terlalu melebih ketika berbuka, turut tersedia variasi pilihan salad segar buat anda.
Yang pasti bakal menjadi hidangan pilihan semua di Pasar Baru adalah kambing bakar yang hadir bersama sos home-made untuk menambah rasa. Untuk pencuci mulut, kuih-muih serta manisan ala kampung menjadi taruhan seperti sago gula Melaka, variasi kuih Melayu, blueberry cheese tart atau mungkin anda boleh hasilkan sendiri ais-krim soft-serve di mesin yang disediakan.
Untuk menambah lebih keterujaan, tetamu boleh melihat sendiri dengan lebih dekat aksi chef-chef beraksi di pelbagai stesen makanan, lebih-lebih lagi di stesen mee dan lok-lok yang mana sinonim dengan gaya hawker.
Bufet Medan Kampung dibuka bermula 17 Mei sehingga 14 Jun 2018 dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam pada harga RM168 nett (dewasa) dan RM84 nett (kanak-kanak berusia 12 tahun serta warga emas berusia 60 tahun dan ke atas).
Buat sesi berbuka dengan kumpulan yang besar, Corporate Festive Packages turut disediakan dengan harga bermula RM148 nett seorang dengan tempahan minimum seramai 200 orang diperlukan. Jika anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi +603 7682 0000 atau emel ke marketing.petalingjaya@newworldhotels.com.