Dengan inovasi terkini OPPO F5, ia mampu memberikan efek selfie yang terbaik buat penggemar swafoto dan sudah pastinya ia tidak perlu di edit.
OPPO F5 6GB tampil dalam edisi merah yang semestinya buatkan look si pengguna lebih seksi. Dengan kepakarannya dalam pengambilan swafoto, setiap gambar yang dirakam pastinya lebih memuaskan hati si penggemar selfie.
Berikut adalah sebab-sebab lain kenapa anda perlu ada OPPO F5.
Kamera Terbaik
OPPO F5 bercirikan kamera depan 20Megapiksel dengan bukaan lens F2.0.
Teknologi Pengesanan Wajah
- A.I Beauty Recognition dicipta dengan teknologi yang mengumpul segala informasi dan mempelajari ciri-ciri ekspresi wajah yang spesifik serta berlainan individu dari pusat data global yang menyimpan semua wajah di dunia. Ketika proses R&D, jurugambar profesional dan jurumekap artis turut dikonsultasi demi mendapatkan hasil teknologi A.I yang terbaik serta membantu memberikan swafoto yang lebih memukau.
- Ia dapat mengenal pasti tona serta jenis kulit subjek, jantina dan umur, menyuai padankan dengan pangkalan data dan meningkatkan lagi kebolehan mencantikkan wajah yang sesuai dengan setiap swafoto. Dengan lebih 200 ciri-ciri pengesanan spot wajah, teknologi A.I mampu mengesan wajah penggunanya secara menyeluruh sekaligus mencantikkan hasil swafoto yang diambil.
Skrin Paparan Penuh
OPPO F5 bakal menjadi yang pertama dengan bercirikan skrin paparan penuh FHD+ bersaiz 6 inci, memberikan pengguna visual yang nyata terang dan jelas. Ia direka dengan skrin tinggi resolusi 2160 x 1080 dengan nisbah 18:9. Turut ditambah ukiran laser bersaiz 0.4mm pada permukaan telefon memberikan kemasan terakhir yang lebih sempurna.
Facial Unlock
F5 hadir dengan kepakaran 'Facial Unlock' yang mana ia merupakan teknologi mengesan wajah pada pemiliknya sekaligus membuka kekunci telefon. Jika pengguna lebih memilih untuk menggunakan cap jari untuk fungsi membuka kekunci, pembaca cap jari kini direka di bahagian belakang telefon, menjadikan skrin paparan hadapan luas dan penuh.
Sistem Color OS 3.2
Ia merupakan sistem telefon pintar yang paling terkini. F5 dicipta dengan sistem Color OS 3.2 bersama 4G RAM + 32GB ROM memori memberikan sistem dalamannya beroperasi dengan lebih lancar. Ia menerima dua simkad Nano serta satu kad TF pada masa yang sama.
Bateri Lebih Tahan Lama
Bateri OPPO F5 adalah yang sangat luar biasa. Segalanya kerana bateri 3200Ah dan teknologi Continuous Optimizing yang mana menguruskan perjalanan setiap aplikasi dalam telefon tersebut. Ia sekaligus membolehkan pengguna menggunakannya lebih 12 jam tanpa henti (menurut uji kaji yang telah dijalankan).
Kolaborasi OPPO dan Victoria's Secret
Baru-baru ini OPPO Malaysia telah menerbangkan Neelofa ke Shanghai untuk menyaksikan Victoria's Secret Fashion Show! Sudah pastinya ia merupakan impian setiap wanita. Neelofa turut membawa telefon pintarnya OPPO F5 6GB (edisi merah) serta merakam setiap momen mengujakan ketika di sana demi untuk memberikan update kepada peminat-peminatnya.
Sarung Telefon OPPO X Swarovski Bertatah Batu Kristal
Kali ini, OPPO Malaysia bekerjasama dengan Swarovski Malaysia untuk menghasilkan sarung telefon yang bertatahkan batu kristal Swarovski. Sebagai wajah kepada dua-dua telefon OPPO F5 6GB dan Swarovski, Neelofa sememangnya yang paling sesuai dengan inovasi terbaru ini.