Pusat peranginan terkenal yang terletak strategik berhadapan Laut China Selatan, Club Med Cherating, Pahang turut dirimbuni kehijauan hutan tropika seluas 80 hektar pasti menjanjikan percutian anda serba lengkap dan meninggalkan momen manis bersama pasangan anda.
Mungkin anda dan pasangan ingin mencari kelainan dalam berbulan madu? Suasana di Club Med Cherating pasti menjadi pilihan utama tanpa rasa sangsi.
Dengan tawaran pakej all inclusive, Club Med Cherating menawarkan fasiliti dan aktiviti khas untuk pasangan berbulan madu. Setiap reka bentuk bangunan yang merangkumi lebih kurang 300 bilik kamar yang terbahagi kepada 15 bangunan tiga tingkat yang diperbuat daripada struktur kayu jati.
Setiap rekaan bangunan adalah berinspirasi kepada elemen melayu tradisional dan lokal. Secara rumusan, aktiviti sukan yang disediakan di Club Med Cherating adalah paling besar bagi sektor pusat peranginan. Antara yang menjadi highlight seperti buaian trapez, sekolah pelayaran, gimnasium, tree top, jungle walk, kayak dan rock climbing.
Jika anda inginkan suasana makan malam romantis dengan disinari cahaya bulan, The Rembulan menepati atmosfera anda. Dengan hidangan enak makanan Asian pasti memenuhi selera anda. Malah, kalau inginkan aktiviti relaks dan tenang, The Mandara Spa menggunakan teknik urutan dan rawatan kecantikan secara tradisional Bali, terus membuat badan anda lebih segar dan bertenaga!
Untuk lebih maklumat lanjut, mengenai keunikan dan keindahan pusat peranginan Club Med Cherating, anda boleh layari laman web rasmi, www.clubmed.com.my untuk melihat pakej harga ditawarkan.