Pengunjung Malaysia yang lengkap vaksinasi kini boleh melancong ke destinasi utama di Australia tanpa perlu menjalani kuarantin wajib bermula 21 Februari 2022.
Bermula 21 Februari 2022, kerajaan Australia telah membuka sempadan negara mereka sepenuhnya kepada pelancong yang sudah lengkap vaksinasi dari seluruh dunia, termasuklah dari Malaysia. Pastinya pengumuman ini cukup menggembirakan buat mereka yang mahu melancong ke destinasi popular di Down Under seperti Sydney, Melbourne, Brisbane dan juga Perth.
Pembukaan semula sempadan Australia buat pertama kali sejak pandemik ini mengikuti langkah pelancongan bebas kuarantin yang diadakan bersama Singapura. Ia dijalan sejak 21 November 2021, dan pengunjung dari Jepun dan Korea Selatan pula bermula pada 15 Disember 2021 bersama Working Holiday Makers. Pengunjung dengan visa yang belum lagi lengkap vaksinasi masih lagi memerlukan travel exempetion yang sah untuk memasuki Australia, selain perlu menjalani kuarantin wajib mengikut peraturan negeri masing-masing.
Australia merupakan antara destinasi pelancongan popular dikalangan rakyat Malaysia. Menurut Pengurus Besar Tourism Australia South dan South-East Asia, Brent Anderson, 72% pelancong yang mengunjungi Australia dari Malaysia adalah pelancong yang sama yang berulang. Tambahnya, kini adalah masa yang terbaik untuk kembali mengunjungi Australia untuk membangkitkan memori dan deria imaginasi anda.
Tourism Australia akan memulakan siri kempen pelancongan di Malaysia tidak lama lagi. Mereka akan bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti agen pelancongan dan syarikat penerbangan untuk merancakkan sektor pelancongan yang terkesan teruk disebabkan oleh pandemik. Tourism Australia akan bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk turut sama membantu industri penerbangan yang terjejas.
Jika anda mahu melancong ke Austria, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:
- Bermula 21 Februsari 2022, pemegang visa yang sudah lengkap divaksinasi dengan dua dos vaksin Covid-19 yang diiktiraf oleh Therapeutic Goods Administration (TGA) boleh memasuki Australia tanpa perlu kuarantin, tanpa perlu memohon travel exemption.
- Untuk layak memasuki Australia, pelancong antarabangsa perlu:
– memiliki visa Australia yang sah
– sudah lengkap divaksinasi dengan dua dos vaksin Covid-19 yang diiktiraf oleh Therapeutic Goods Administration (TGA) dan mempunyai bukti status vaksinasi.
– mempersembahkan keputusan negatif ujian rapid antigen test (RAT) dalam 24 jam, atau ujian Polymerase chain reaction (PCR) Covid-19 dalam 72 jam, sebelum berlepas (kecuali mendapat medical exemption).
- Berkuatkuasa 7 Februari 2022, pemegang visa yang lengkap vaksinasi boleh memasuki Australia tanpa perlu menjalani kuarantin bermula 21 Februari 2022, kecuali Western Australia.
- Pelancong perlu melengkapi segala yang diperlukan oleh negeri atau wilayah ketika tiba, dan negeri atau wilayah yang mahu dikunjungi. Segala infomasi ketika tiba perlu dikemas kini kerana ia penting untuk memastikan segala yang diperlukan lengkap sebelum berlepas. Pengunjung juga digalakkan untuk memeriksa keperluan di destinasi transit yang akan digunakan nanti.
- Untuk mendapatkan maklumat mengenai negeri atau wilayah tertentu di Australia, layari laman web Australian Government Department of Home Affairs.
- Untuk mendapatkan informasi untuk melancong ke Australia, sila layari laman web Australian Government Department of Home Affairs
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: 3 Destinasi Spa-Cation Untuk Anda Memanjakan Diri