Oleh: Mujahid Saddam
Gambar: INGimage
Salah satu senaman yang semakin mendapat perhatian di negara kita sudah tentunya adalah pilates. Bukan sahaja terdapat banyak kelas mengajar pilates yang ada pada masa ini, tetapi ianya turut boleh dilakukan di rumah kerana pergerakannya yang mudah. Apa yang perlu anda fokuskan adalah kawalan pernafasan serta pergerakan yang merupakan aspek penting dalam senaman ini, beserta keperluan asas iaitu tikar.
Perubahan fizikal pada badan dapat dilihat selepas hanya beberapa minggu anda mengamalkannya. Namun disiplin yang tinggi haruslah diterapkan. Peruntukkan masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari dan anda akan dapat melihat sendiri hasil yang memuaskan. Bukan sahaja lemak di perut hilang, tetapi otot badan juga akan tampak lebih tone dan cantik.
Bagi anda yang dambakan perut kempis serta ingin hilangkan lemak di badan, ikuti langkah-langkah pilates yang ditunjukkan di video ini. Ianya juga sesuai buat anda yang pertama kali mencuba senaman ini. Amalkan tiga kali seminggu dan lihat akan keberkesanannya dalam masa sebulan.