Black Friday 2025 kembali dengan tawaran luar biasa yang tidak boleh dilepaskan!
Daripada promosi dalam talian hingga jualan di kedai fizikal, Black Friday 2025 menjanjikan pengalaman beli-belah yang epik.
Nantikan pelbagai tawaran kilat, penghantaran percuma dan pakej promosi khas yang direka untuk memaksimumkan penjimatan anda.
Jangan lupa, stok adalah terhad. Jadi pastikan anda bersedia untuk merebut tawaran terbaik sebelum ia habis! Semak 10 jenama Black Friday 2024:

Setiap Black Friday, Victoria’s Secret biasanya tampil dengan tawaran menarik melibatkan lingerie, sleepwear, body mist dan body care, sering disertakan dengan gift-with-purchase atau set hadiah edisi terhad. Pilihan bauan ikonik seperti Bombshell dan Love Spell sering menjadi tumpuan kerana harganya jauh lebih rendah daripada hari biasa.

Jenama mewah, YSL Beauty turut menyertai Black Friday dengan potongan eksklusif dan set solekan serta penjagaan wajah berharga premium. Namakan sahaja, Libre, Rouge Volupté Shine, dan Touche Éclat, jarang diberikan diskaun besar, menjadikan Black Friday salah satu peluang tahunan untuk memiliki item YSL pada harga lebih mampu milik.

Potongan biasanya meliputi sneakers, pakaian sukan, streetwear dan aksesori daripada jenama seperti Nike, Adidas, New Balance dan Puma. Ini adalah masa terbaik untuk menaik taraf koleksi kasut atau mencari outfit sporty yang trendy pada harga yang jauh lebih rendah daripada biasa.

Jenama fesyen mewah seperti Coach juga menyertai jualan Black Friday dengan potongan untuk beg tangan, dompet, dan aksesori kulit. Koleksi popular seperti Tabby, Pillow Tabby atau bag edisi musim cuti selalunya cepat habis kerana peminat menunggu setahun untuk mendapatkan diskaun besar.

Pembeli boleh menikmati diskaun untuk ratusan produk dari skincare, makeup, haircare hingga jenama eksklusif Sephora. Ini juga masa terbaik untuk membeli holiday sets, yang biasanya hadir dengan nilai tinggi berbanding harga sebenar. Banyak pembeli menggunakan Black Friday Sephora untuk mencuba produk baharu atau stock-up item harian seperti moisturizer, foundation dan serum.

Koleksi signature seperti 3-wick candles, shower gel, lotion dan fragrance mist selalunya ditawarkan dalam harga kombo yang sangat berbaloi. Dengan kehadiran aroma edisi musim cuti seperti Vanilla Bean Noel atau Winter Candy Apple, Black Friday menjadi masa paling meriah untuk pemburu bauan rumah dan tubuh.
