November 2025
Terengganu Half Marathon 2025
Tarikh: 1 November 2025
Lokasi: Dataran Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu
Pelari akan dihidangkan dengan pemandangan laut yang memukau sepanjang laluan. Acara ini menawarkan kategori 5 km Fun Run, 10 km dan Half Marathon, dengan race pack menarik termasuk jersi, medal dan e-sijil.
Klang Royal City Marathon 2025
Tarikh: 9 November 2025
Lokasi: Bandar Bukit Raja Town Park, Klang
Menandakan ulang tahun perisytiharan Klang sebagai bandar diraja, marathon ini diraikan dengan penuh semangat komuniti. Pilihan jarak 5 km, 21.1 km dan 42.2 km memberi peluang kepada pelari di semua peringkat.
Pos Malaysia Run 2025
Tarikh: 23 November 2025
Lokasi: Kuala Lumpur
Acara tahunan yang menggabungkan semangat sukan dan kebersamaan. Menawarkan kategori 10 km, 5.8 km serta relay 10 km, dengan yuran pendaftaran berpatutan:
Yuran: 10 km (RM65–75), 5.8 km (RM55–65), relay 10 km (RM140–160 untuk dua peserta).
Peserta akan menerima jersi rasmi, medal finisher dan e-sijil penyertaan.
Wah Chan Run2Love Love2Run
Tarikh: 30 November 2025
Lokasi: Akan diumumkan
Larian bertema cinta dan kekeluargaan yang direka untuk pasangan, rakan atau keluarga. Sesuai untuk mereka yang mahu berlari santai sambil bergambar kenangan.