Pencarian Wanita Melayu 2018 telah berlangsung dengan jayanya yang akhirnya membawa kepada senarai TOP 12 finalis yang perlu diadili sebelum bertemu dengan juara.
Berlangsung di Shah Alam pada 21 April lalu, seramai 30 orang peserta telah mencuba nasib untuk di pusingan separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2018. Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Plaza Shah Alam.
Dari 30, seramai 12 orang peserta telah berjaya memasuki peringkat akhir. Peserta-peserta diadili oleh empat orang juri termasuklah Encik Faizal Hamid (Pensyarah UiTM), Puan Azura Mokhtar (Pengurus Senior Plaza Shah Alam), Shaiful Azli Afalley (Pereka Fesyen) dan Puan Ilya Farhana (Pemilik Cirgaro Apparel) dengan memberi markah berdasarkan potensi perserta untuk dikembangkan sebagai Ikon Wanita, berpersonaliti menarik, kemahiran berkomunikasi dan bakat yang dipertonjolkan.
EH! kongsikan senarai 12 finalis Pencarian Wanita Melayu 2018.