Legenda tenis dunia, Serena Williams berkongsi momen gembira ini melalui akaun Snapchat semalam.

Pemenang Grand Slam sebanyak 23 kali, Serena Williams mengumumkan dia bakal menjadi ibu buat pertama kali bersama tunangnya, Alexis Ohanian.
Berita gembira itu dikongsikan melalui akuan Snapchat Serena sendiri sebelum dia menurunkan gambar dengan caption “20 weeks”.
“I’m happy to confirm Serena is expecting a baby this Fall,” wakilnya mengesahkan berita itu yang turut akan menyaksikan Serena tidak akan menjejakkan kaki di atas gelanggang tenis sepanjang 2017 selepas memenangi Terbuka Australia awal tahun ini.

Pemain tenis nombor dua dunia itu telah bertunang dengan Alexis Ohanian iaitu pengasas Reddit akhir tahun lalu.
Serena yang kini sedang mengandung bersama BFFnya Beyonce akan kembali bertanding dalam kejohanan tenis pada 2018.