Pernah tonton video muzik Side To Side nyanyian Ariana Grande? Jika anda mahu merasai suasana berbasikal di dalam gim yang dicipta dengan lampu LED, Flycycle adalah jawapannya.
Ia merupakan sebuah gim indoor berbasikal pertama di Malaysia. Flycycle sebenarnya berasal dari New York tetapi di sana ia dipanggil SoulCycle yang mana sebuah syarikat gergasi dengan 85 buat cawangan di buka di sana.
Kelas yang ditawarkan di Flycycle mengambil masa 45 minit untuk satu sesi. Sekali sesi berbasikal ini ia mampu membakar 700 kalori! Mungkin inilah satu cara sihat yang anda nantikan untuk bantu realisasikan tubuh bak Ariana Grande.
Gim ini terletaknya di bangunan Verve di Mont Kiara. Dengan kemudahan loker untuk penyimpanan barangan peribadi, ia memberikan keselesaan berganda buat mereka yang mengikuti kelas di sini.
Apatah lagi dengan kehadiran peserta di sini di sambut dengan layanan baik dari jurulatih gim yang cukup profesional dan bertubuh segak seakan model.
Suasana studio Flycycle sememangnya dicipta dengan suasana gelap dan hanya berlampu LED (merah, biru, atau ungu) untuk bangkitkan mood berbasikal yang lain dari lain.
Setiap peserta akan diberikan sepatu khas yang dicipta dengan cleats yang mana ia khas hanya untuk menunggang basikal senaman ini. Fungsi adanya cleats di sepatu tersebut adalah ia membantu untuk mengaktifkan dan menguatkan lagi otot tubuh.
Tidak hanya mengayuh basikal semata, malah jurulatih yang mengendalikan sesi tersebut akan mengetuai kayuhan tersebut ditambah pula sesi workout sambil berbasikal.
Jika anda seorang yang jarang bersenam akibat kekurangan masa atau sibuk bekerja, jangan terkejut jika otot anda berasa tegang seketika selepas sesi berbasikal di Flycycle ini kerana ia sebenarnya satu tanda di mana sesi 45 minit mengayuh basikal sambil workout ini berkesan dalam menguatkan otot, sekaligus membakar lemak berlebihan pada tubuh. Dengan cara ini, 700 kalori pastinya gone!
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Flycycle ini, anda boleh layari laman web rasmi Flycycle dan Facebook mereka.