Kipas tanpa wayar, serba boleh dan bergaya, SharkNinja perkenalkan Shark FlexBreeze Cordless & Portable Fan dan bakal dilancarkan di Malaysia pada 8 Julai 2025!
Pernahkah anda rasa sukar untuk menyejukkan ruang rumah anda ketika cuaca panas terik? Atau menghadapi masalah mencari soket untuk kipas setiap kali berpindah tempat? Kini semua masalah itu ada penyelesaiannya! Memperkenalkan Shark FlexBreeze Cordless & Portable Fan, inovasi terbaru daripada SharkNinja yang akan mula dijual di Malaysia bermula 8 Julai 2025, pada harga RM899.
SharkNinja, nama yang tidak asing lagi dalam dunia peralatan rumah inovatif, kini membawa angin segar kepada rakyat Malaysia dengan satu produk yang bukan sekadar kipas biasa.
FlexBreeze merupakan kipas serba boleh yang boleh digunakan tanpa wayar, mudah dialih, senyap, tahan lama dan paling menarik ia boleh bertukar daripada kipas berdiri ke kipas meja dengan hanya satu butang!
Satu kipas, pelbagai fungsi!
Dicipta khusus untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup moden dan cuaca tropika Malaysia, Shark FlexBreeze memberikan anda kuasa penyejukan sehingga 20 meter jauhnya dengan hanya satu cas selama 5 jam, cukup untuk beroperasi sehingga *24 jam tanpa henti.
Sama ada anda mahu gunakannya ketika:
- Bersantai di laman rumah atau berkelah di tepi pantai,
- Menyegarkan suasana di pejabat rumah atau ruang kerja,
- Membantu bayi tidur lena dengan hembusan angin yang senyap dan nyaman,
- Atau kekal sejuk semasa bersenam di gym rumah anda,
Shark FlexBreeze adalah penyelesaian sempurna yang boleh anda bawa ke mana sahaja.
Reka bentuk moden & tahan lasak
Selain berfungsi hebat, reka bentuknya yang elegan dalam warna hitam dan putih menjadikannya sesuai dengan gaya dekorasi rumah moden. Kipas ini juga tahan air dan cahaya UV, dengan penarafan IPX4 menjadikannya selamat untuk digunakan di luar rumah dalam pelbagai keadaan cuaca.
Dilengkapi dengan:
- 5 tahap kelajuan kipas
- 3 sudut osilasi: 45°, 90° dan 180°
- Beg simpanan dan alat kawalan jauh
- Jaminan 2 tahun
- Jaminan 60 hari wang dikembalikan
Dilancarkan bersama produk inovatif lain
Bersempena pelancaran FlexBreeze, SharkNinja turut memperkenalkan dua lagi produk unggulan untuk pasaran Malaysia iaitu,
Ninja Double Stack XL 9.5L Air Fryer (SL451) – RM1,439
Penyelesaian memasak dua tingkat yang menjimatkan masa dan ruang untuk keluarga moden.
Shark EvoPower System NEO+ Cordless Vacuum (LC351) – RM2,299
Penyedut hampagas tanpa wayar dengan kuasa tinggi untuk pembersihan yang menyeluruh dan cekap.
Layari sharkninja.my untuk maklumat lanjut dan pembelian.
Baca: Shark SpeedStyle™ Hair Dryer, Penggayaan Pantas & Sempurna Tanpa Kerosakan Haba