Teks : Julia Azman
Khas untuk wanita! Kempen kesedaran kanser payu dara yang di bawa oleh Shokubutsu memberi mesej penting sepanjang bulan Oktober 2018.
Sepanjang bulan Oktober 2018, Shokubutsu melancarkan kempen kesedaran kanser payu dara melalui “You are my pink reason” yang amat menekankan tindakan proaktif terhadap pengesanan awal kanser payu dara.
Setiap pembelian sabun Shokubutsu yang merangkumi buih mandian Shokubutsufresh, Siri mandian Shokubutsu World Famous Bathing Series dan Cucian badan anti-bakteria Shokubutsu Active Guard akan menyumbang kepada 10 sen untuk setiap unit yang terjual kepada Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia.
Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) dan Shokubutsu telah bekerjasama sejak tahun 2015 amat mementingkan kempen kesedaran awal ini kerana kanser payu dara adalah kanser paling kerap terjadi dalam kalangan wanita seluruh dunia.
Kesan awal yang wajib diambil berat antaranya kerengsaan kulit atau lekuk kecil keliling payu dara, kesakitan pada payu dara atau putting, penarikan puting ke bahagian dalam, kemerahan, sisik atau kulit makin menebal keliling kulit puting atau cecair luar biasa keluar daripada puting. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh kunjungi www.facebook.com/ShokubutsuMalaysia.