Yang paling saya gemarkan adalah – Kamera yang awesome! – hasil gambar dan video yang jelas dan sharp dengan dengan resolusi tinggi 64MP. Lebih mudah bila boleh menukar video 4K kegemaran saya menjadi gambar beresolusi tinggi 8MP dengan Snap Video 4K. Scene Optimizer menggunakan AI untuk merakam dengan tetapan optimum untuk 30 kategori gambar dan latar belakang seperti makanan, landskap, dan haiwan peliharaan.
Tidak perlu risau merakam gambar kerana tak kira siang atau malam, foto terhasil stabil – Sama ada merakam trend tarian terbaru atau menangkap sedang berlari, OIS (penstabilan imej optik) memastikan gambar dan video sharp dan stabil. Tidak perlu melewatkan saat penting lagi kerana pencahayaan yang rendah. Jangan Lupa untuk mencipta gaya dan bakat unik menggunakan AR Emoji dan My Filter.