Warner Bros. Consumer Product dan Skechers kembali dengan koleksi sniker dan pakaian bersama Grizz, Panda dan Ice Bear daripada siri kartun popular Cartoon Network, “We Bare Bears”.
Everyone’s favourite bear trio is back! Atas permintaan peminat, koleksi kolaborasi antara Skechers dan We Bare Bear kembali dengan koleksi istimewa. Warner Bros. Consumer Product dan Skechers kembali dengan seleksi sniker dan pakaian bersama Grizz, Panda dan Ice Bear daripada siri kartun popular Cartoon Network, “We Bare Bears”.
Pertama kali dilancarkan pada Oktober tahun lalu, koleksi Skechers X We Bare Bears akan dikembangkan kepada dua lagi rangkaian baharu iaitu koleksi Classic dan koleksi Spring Summer. Selain menampilkan pilihan warna baharu pada desain sniker, kolaborasi kali ini turut menyaksikan penampilkan koleksi pakaian buat golongan dewasa dan guna kanak-kanak.
Koleksi Spring Summer ini juga menceduk inspirasi daripada zodiak Cina pada tahun 2022. Trio beruang We Bare Bears iaitu Grizz, Panda dan Ice Bear daripada Carton Network itu akan mengenakan kostum harimau degan desain yang cukup eksklusif. Sama ada pada desain kemeja-t mahupun sniker yang multi-warna, sentuhan harimau ini pasti memberikan sisi yang berlainan dan mencuri perhatian.
Seperti kartun We Bare Bears yang universal dan diminati di seluruh pelusuk dunia, koleksi Skechers X We Bare Bears ini juga akan memberikan pilihan kepada semua, Dari seleksi sniker kepada t-shirt uniseks juga sandal yang cukup playful, peminat boleh mendapatkan koleksi lelaki dan wanita untuk sendiri ataupun sebagai hadiah kepada anak-anak.
Bersempena dengan pelancaran koleksi terbaharu ini, peminat boleh mendapatkan beg kanvas mesra alam We Bare Bears secara percuma, dengan pembelian dua atau lebih produk daripada koleksi kali ini. Layari laman web Skechers Malaysia untuk maklumat lanjut.
Foto: Skechers Malaysia
Baca lebih lanjut: Kuasa Adiwira Pandora X Marvel