Sepanjang cuti sekolah akan datang pastinya anda ada terpikir untuk membawa keluarga pergi beriadah, oleh kerana itu, EH! beri idea lokasi terbaik untuk anda habiskan masa cuti bersama mereka yang tersayang.
Tidak jauh dari Kuala lumpur dan tidak juga dari KLIA. Hotel empat bintang Sunway Pyramid Hotel pasti jadi lokasi ideal buat beriadah bersama keluarga juga anak-anak kecil. Mengapa? Kerana di sini sahajalah anda boleh berehat, membeli belah dan menikmati taman tema air Sunway Lagoon dalam satu masa!
Membuka semula pintu buat penginapan tetamu pada 3 November 2016, Hotel Sunway Pyramid telah menjalankan pengubahsuaian reka dalam bilik dengan elemen moden dan kontemporari namun tetap menyerlahkan identiti Piramid seperti pilihan warna dan mainan corak-corak eksotik.
The Family Room
Sunway Pyramid Hotel menampilkan sesuatu yang jarang sekali ada pada hotel-hotel bertaraf empat bintang lain iaitu katil bertingkat. Mereka memahami situasi pengunjung di hotel dan menjalankan survey, dan hasilnya, keselesaan kanak-kanak adalah antara satu faktor penting buat pengunjung yang sudah berkeluarga. Dengan itu mereka menghasilkan dekorasi dan suasana mesra kanak-kanak dengan memasang katil jenis dua tingkat, bilik dalam 53 ke 60 meter persegi ini merupakan antara bilik terbesar yang disediakan di dalam hotel ini. Disamping itu, anda juga boleh menikmati lima kategori bilik lain antaranya The Deluxe Park View Room (menghadap pemandangan Sunway Lagoon), Deluxe Executive Room dan The Deluxe Room.
Direka dan diubahsuai oleh Sunway Design Sdn. Bhd. Setiap bilik di dalam hotel ini mengutamakan teknologi dengan menyediakan Wi-Fi, wayar broadband internet, smart lighting, bedside USB charger dan 42” LED Smart TV dengan rancangan berita, sukan dan filem. Begitu juga dengan ruang lobi, makan dan minum, Hotel Sunway Pyramid menempatkan Taste Enclave di lobi hotel, dan disini anda boleh menikmati sebelas restoran makanan bersama tiga restoran mini, kalau mahu menikmati secawan kopi atau teh pula anda boleh menikmatinya di Kaffeinate.
The Resort Café
Bertempat di Sunway Resort Hotel & Spa, The Resort Café bakal menyajikan anda dengan makanan ala carte juga buffet makanan dalam menu Melayu, Asia, Timur Tengah, dan Barat yang cukup menyelerakan. Tidak jauh untuk berjalan dari Hotel Sunway pyramid ke sini, hanya mengambil masa dalam lima minit dan anda bakal menikmati sajian makanan yang premium dan lazat.