Jangan lepaskan peluang untuk turut serta memeriahkan pasar minggu yang dinantikan ramai iaitu Sunny Side Up Market di Slate @ The Row!
Ia bakal berlangsung buat kali ke-6 pada 6 hingga 8 Oktober ini dari jam 11 pagi sehingga 6 petang.
Pasar yang kini bergelar acara bersiri anjuran The Row ini sebenarnya meletakkan target untuk mengetengah dan menaikkan lambakkan vendor persendirian.
Lebih dari 30 vendor bakal menawarkan barangan fesyen untuk semua usia, aksesori fesyen, perhiasan rumah, produk penjagaan kulit, barangan unik dan juadah homemade akan dijual di pasar ini dengan harga yang cukup berpatutan.
Pengunjung di Sunny Side Up Market bakal temui pelbagai item yang sukar untuk didapati di tempat lain yang mana sekaligus menjadikannya hadiah terbaik buat diri sendiri mahupun orang tersayang.
Kemasukan adalah percuma. Jangan lupa untuk sediakan wang tunai secukupnya sebelum ke pasar Sunny Side Up Market ya! Tidak dilupakan tas tangan untuk memuatkan item yang anda beli nanti.
EH! kongsikan sekali jadual acara sepanjang bulan ini Slate @ The Row untuk informasi anda.
Man Ride 2017 (The Bike Artisans dan Slate @ The Row)
Tarikh : 1 Oktober 2017
Masa : 7 pagi – 4 petang
Sunny Side Up Market (Edisi Oktober)
Tarikh : 6, 7 & 8 Oktober 2017
Masa : 11 pagi – 6 petang
Vallette Gallery Presents ‘Look This Way’ (Pembukaan Pameran Berkumpulan)
Tarikh : 7 Oktober 2017
Masa : 2.30 petang – 6 petang
Bengkel DISCOVER THE MYSTERY OF THOMASTIK-INFELD
Tarikh : 16 Oktober 2017
Masa : 2.30 petang – 4 petang
Kelas BLUES DANCING KL : Once In A Blue Moon
Tarikh : 29 Oktober 2017
Masa : 5 petang -6 petang (Percuma untuk penari Blues baru)
6.45 petang – 10.30 petang (Aktiviti sosial dengan persembahan langsung dari band)
Bengkel DYLAN WERNER – Inspire, Empower Inner Strength Within U, Dihoskan oleh Oscillation Yoga
Tarikh : 3, 4 & 5 November 2017
Masa : 3 Nov (6 petang – 9.30 malam)
4 & 5 Nov (9.30 pagi – 9.30 malam)