Saban kali bulan puasa tiba, apa yang dinantikan selain dari bazar ramadan pastinya pakej bufet berbuka puasa di hotel yang menyediakan pelbagai juada enak. Kali ini mungkin boleh sertakan Sunway Putra Hotel dalam senarai lokasi berbuka puasa yang mesti cuba.
Coffee House Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur bakal membuka pintu buat sesiapa sahaja untuk berbuka puasa bermula 19 Mei sehingga 4 Jun 2018. Bakal menyajikan lebih 100 pilihan makanan dari kategori masakan Melayu 'lauk pauk' ke Asian dan makanan ala barat, pastinya hidangan bufet buka puasa ini tidak akan menghampakan.
Bufet ramadan di Sunway Putra ditawarkan pada harga RM128 nett seorang, manakala separuh harga buat warga emas serta kanak-kanak yang berusia 6 sehingga 12 tahun. Bagi kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke bawah adalah percuma.
Antara hidangan pembuka selera adalah Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Lala Pedas, Rojak Buah, Tauhu Sumbat, Grilled Beef Mandarin Salad, Pecal dan banyak lagi.
Beralih ke meja yang terhidang juadah utama dari Chef Rossham yang mesti anda rasai kala berbuka di sini adalah Sup Gear Box, Oriental Barbecued Lamb, Kari Kepala Ikan Salmon, Laksa Utara, Udang Kalio dengan Belimbing Buluh, Daging Masak Lemak Cili Padi, Ikan Patin Masak Tempoyak dan banyak lagi.
Tidak dilupakan dengan hidangan pencuci mulut antaranya Kuih Talam, Cendol, Ice Kacang, dan pelbagai variasi kek.
Restoran ini boleh memuatkan sehingga 300 orang tetamu. Dari 15 Mei sehingga 4 Jun, restoran ini menerima tempahan untuk berbuka secara berkumpulan atau Corporate Companies yang akan menempatkan di 35 buah bilik serbaguna yang tersedia dengan tawaran harga RM108 nett setiap seorang dengan tempahan terendah seramai 30 orang untuk satu kumpulan. Bufet berbuka akan bermula pada jam 6 petang.
Bagi yang ingin membuat tempahan, anda boleh menempah di talian +03-4040 9888 atau emel ke spkl.ch@sunwayhotels.com.