1. Kordel’s Magnesium Amino Acid Chelate 750 60’s
Magnesium ialah mineral penting yang ramai tak sedar mereka kekurangan. Untuk wanita, ia bukan sahaja membantu mengurangkan rasa letih dan lenguh otot, malah penting untuk mengawal mood, tidur yang lena dan kestabilan hormon.
Kordel’s Magnesium Amino Acid Chelate ini menggunakan bentuk magnesium yang mudah diserap oleh tubuh, jadi anda boleh rasa kesannya dengan lebih berkesan. Ia juga sesuai untuk wanita yang sering alami, kejang kaki terutama waktu malam, PMS dengan simptom senggugut atau mood swing.
2. Kordels Hair Abc 30 Sachet
Rambut gugur boleh buat keyakinan diri menurun. Kordel’s Hair ABC dirumus khas dengan gabungan vitamin, mineral dan asid amino penting untuk menyuburkan rambut dari akar hingga hujung.
Sesuai untuk wanita yang mengalami rambut gugur akibat hormon, stres atau kekurangan nutrien dan inginkan rambut lebih tebal, kuat dan bersinar.
3. Kordel’s Skin Clear 50’s
Kalau kulit sering “breakout” walaupun dah jaga skincare, mungkin masalahnya datang dari dalam.
Kordel’s Skin Clear diformulasikan khusus untuk membantu mengawal minyak berlebihan, mengurangkan jerawat dan menyokong penyembuhan kulit.
Ia mengandungi kombinasi nutrien seperti zinc, vitamin A dan antioksidan yang bekerja bersama untuk mengurangkan keradangan dan melindungi kulit daripada radikal bebas. Sesuai untuk wanita yang nak kulit kurang jerawat dan kemerahan.
4. Kordels Vit E 400Iu 150S
Vitamin E terkenal sebagai “vitamin cantik” kerana khasiatnya yang melindungi sel tubuh daripada kerosakan radikal bebas.
Untuk wanita, ia bukan sahaja membantu kulit kelihatan lebih sihat dan berseri, malah menyokong kesihatan jantung, sistem imun, dan keseimbangan hormon.
Kordel’s Vitamin E 400IU ini menggunakan bentuk d-alpha tocopherol yang mudah diserap oleh tubuh, memberi perlindungan antioksidan yang optimum.
5. Kordel’s FERNGLOW 60s
Nak kulit sihat dan glowing bukan hanya bergantung pada krim atau serum? Kordel’s FernGlow ada jawapannya!
Mengandungi ekstrak tumbuhan Polypodium leucotomos, sejenis antioksidan semula jadi yang terkenal membantu melindungi kulit daripada kerosakan sinar UV dan pencemaran.
Ia sesuai untuk wanita yang sering terdedah kepada matahari atau banyak aktiviti luar dan mahu mengekalkan tona kulit yang sekata.