Swarovski bersatu dengan label gaya hidup gergasi, Adidas untuk mempersembahkan rekaan but bola sepak Predator Edge Crystal edisi terhad.
Kegemerlapan di atas padang bola sepak kini kian bersinar lebih terang!
Meneruskan kerjasama yang terjalin sejak Januari 2022, Swarovski dan Adidas kembali dalam sebuah kolaborasi nan eksklusif. Kali ini, Swarovski bersatu dengan label gaya hidup gergasi itu untuk mempersembahkan rekaan but bola sepak Predator Edge Crystal yang terhad.
Predator Edge Crystal ini menggabungkan kilauan kristal Swarovski bersama stail sniker Adidas yang ikonik iaitu Predator Edge. Berbezanya kali ini, ia menerima sentuhan material yang paling premium, lantas pasti bersinar penuh cahaya pada waktu malam yang digayakan oleh pemain bola sepak ternama.
“Swarovski dan Adidas bersatu tenaga untuk menghasilkan produk-produk yang inovatif dan desain baharu yang manwan sejak beberapa musim yang lalu. Kolaborasi terbaharu ini menonjolkan kekuatan label masing-masing, dalam mempersembahkan kreativiti, walaupun dalam arena yang berbeza, mencabar sempadan dan kristal Swarovski yang berpegang kepada gaya hidup mewah yang lebih dekat,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif Swarovski.
Selepas pelancaran Predator Edge pada Januari lalu, but bola sepak itu kini menerima sentuhan tambahan dengan versi edisi istimewa. Bersama Swarovski, tiga-jalur ikonik pada Predator Edge Crsytal menampilkan ribuan butir kristal yang disatukan pada bahagian luar rekaan but tersebut.
Keseluruhan kempen kali ini menyinarkan sisi positif bersama perhiasan kemas Swarovski, termasuklah daripada keluarga Millenia, Lucent, Harmonia dan Dulcis. Diinspirasikan daripada sinaran cahaya pada waktu malam, dari padang bola sepak kepada parti yang menyeronokan dengan momen yang akan diingati bersama Predator Edge Crystal.
Koleksi Swarovski x Adidas ini boleh didapati di sini.
Foto: Swarovski Malaysia
Baca lebih lanjut: Kembara Kopi Nespresso Di Paris, Istanbul Dan Rio De Janeiro