Teks : Julia Azman
Kembara Taiwan kini makin mudah! Tiada lagi kekangan bagi warga beragama Islam untuk menerokai bumi Taiwan. Suasana nyaman dan bersih, negara ini wajib anda kunjungi!
Penulis fesyen kanan EH! Julia Azman memenuhi jemputan Taiwan Tourism menerusi kempen ‘Salam Taiwan’ yang mengambil masa selama seminggu untuk menerokai pengalaman kala berada di bumi Taiwan, turut serta bersama rakan media dan influencer lokal. Ayuh, terokai itinerari wisata saya sepanjang berada di sini.
Taiwan merupakan sebuah negara majmuk malah sebuah negara republik demokrasi pertama di Asia. Keunikan Taiwan adalah mereka masih mengekalkan karakter Cina tradisional dalam tulisan. Persekitaran bersih dan nyaman, membuat saya cukup tertarik untuk terokai lebih mendalam akan keunikan bumi Taiwan.
Taipei merupakan ibu kota utama pesat dengan pembangunan pencakar langit terkenal yang menjadi tarikan utama pelancong yakni Taipei 101. Anda boleh menikmati panorama sekitar bandaraya Taipei dan merakamkan kenangan manis di dalam Taipei 101. Tidak lupa juga Taipei turut terkenal dengan barisan kawasana beli-belah dan night market. Di sini, anda boleh menjumpai pelbagai barangan, makanan dan minuman unik. Malah, anda boleh melihat sendiri gelagat warga kota Taipei. Mereka cukup friendly! Saya bariskan Itinerari ‘Muslim Friendly’ bersama Taiwan Tourism sebagai panduan anda jika anda ingin berkunjung ke negara Taiwan.
Panduan utama khas untuk pelancong muslim ke Taiwan:
1. Pengangkutan
Taiwan punya dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung. Dari Kuala Lumpur saya berhenti di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan , perjalanan dari Lapangan ini ke bandar Taipei mengambil masa satu jam. Kemudahan pengangkutan awam di Taiwan cukup mudah kerana semuanya ada dari kereta api berkuasa tinggi, bas persiaran, bas pelancong, bas bandar dan metro. Ianya sangat memudahkan dan anda pasti tidak sesat!
2. Taiwan Fun Pass
Kad edisi terhad atau tiket elektronik sesuai untuk kemudahan perjalanan sekitar bandar Taipei dan boleh digunakan jika anda berkunjung ke luar kawasan bandar Taipei. Sesuai digunakan untuk pengangkutan awam, membeli-belah barangan lokal dan juga anda dapat diskaun untuk produk dan perkhidmatan.
3. Wifi Percuma I-Taiwan
Kerajaan Taiwan menawarkan Wi-Fi Percuma kepada pelancong yang melawat pulau ini. Boleh didapati di 4,400 lokasi pelancongan utama, hub pengangkutan.
Kawasan wajib anda kunjung:
1. Taipei 101
Pernah menduduki tangga pertama bangunan pencakar langit berkonsepkan hijau tertinggi dunia. Apa yang menarik di Taipei 101 anda akan melihat bagaimana bangunan ini menjaga stabiliti menggunakan ‘tuned mass damper’ yang mampu mengimbangi struktur bangunan walaupun dalam keadaan cuaca tidak baik.
2. Taipei Grand Mosque
Singgah Taipei Grand Mosque kala anda berada di Taipei. Masjid ini menjadi tumpuan setiap umat islam seluruh dunia.
3. Shilin Night Market
Anda teringat ayam goreng XL Shilin? Anda boleh menemui ayam goreng original di Shilin Night Market, Taipei. Bukan itu sahaja anda boleh try Teh Bubble dan juga jika anda berani cuba rasa Tofu berbau. Diingatkan agar anda tidak pergi terlalu awal, anda mungkin terlepas gerai yang dibuka pada lewat malam.
4. Sun Moon Lake
Terlalu cantik dan sangat tenang! Malah anda boleh membuat aktiviti berbasikal dan di sini juga terkenal dengan spot untuk berbasikal kerana punya trek khas bagi mereka yang aktif dalam sukan berbasikal. Selain itu, anda boleh menaiki kereta kabel di Sun Moon Lake Ropeway untuk menikmati pemandangan indah dari atas tasik. Jauh perjalanan dari bandar Taipei ke Sun Moon Lake, Nantau mengambil masa lebih kurang 3 jam tanpa henti.
5. Taichung Rainbow Village
Dahulunya bangunan ini hanya komuniti perumahan biasa, pelukis dan salah seorang penduduk terakhir Huang Yung Fu mengambili inisiatif untuk menjaga kampung veteran ini kepada sesuatu yang baharu dan penuh warna-warni. Spot wajib untuk anda merakam gambar di sini.
6. Jiufen
Pekan kecil dan unik ini pernah menjadi tanah jajahan bagi pelombong emas. Tempat sering dikunjungi adalah Jiufen Old Street dan di sini anda boleh menemui barangan klasik yang dijual oleh penduduk setempat sebagai souvenir . Bandar ini dijadikan sumber inspirasi untuk filem Miyazaki, “Spirited Away”
7. Ximending
Jika di Tokyo punya Harajuku Street, di Taipei tidak terkecuali! Ximending Street merupakan attraction terkenal anak muda kerana di sini anda akan menjumpai pelbagai barangan serba moden dari fesyen hinggalah ke pilihan makanan.
8. Flying Cow Ranch
Jika anda ingin rasa susu segar dan membuat aktiviti DIY dan pelbagai lagi mungkin anda boleh datang singgah melihat keindahan bukit-bukau berona hijau dengan udara cukup fresh! Di sini juga turut menghidangkan makanan halal khas untuk pengunjung beragama islam.
9. Ice Monster
Katakan tidak pada pencuci mulut! Ice Monster sebuah kedai makanan pencuci mulut seperti ais kepal tetapi teksturnya cukup halus dan menyelerakan. Saya cadangkan anda cuba Bubble Milk Tea Sensation dan Mango Avalance