Berbuka puasa beramai-ramai di hotel antara aktiviti yang dinanti-nantikan setiap tahun, namun tahun ini tampil kelainan bagi memastikan keselamatan semua masih terjamin.
Bulan Ramadan kembali lagi tahun ini namun disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19, kita semua disarankan untuk tidak berkumpul beramai-ramai untuk berbuka, bahkan bazar Ramadan yang juga lokasi sering dikunjungi ramai kini hadir dalam talian. Malah hotel-hotel tempatan tahun ini juga mengadakan bufet Ramadan mereka dengan cara lebih unik iaitu dengan pembelian takeaway atau self pick-up. Pembaharuan ini bukan sahaja mengelakkan orang ramai berkumpul untuk elak menyebarkan jangkitan, bahkan mereka masih lagi berpeluang untuk mencuba hidangan signatur hotel yang lazat di kediaman peribadi masing-masing.
Sesuai sekali buat mereka yang sudah mula penat untuk memasak setiap hari, anda kini berpeluang untuk mencuba hidangan lazat hotel tempatan dengan hanya membuat tempahan dalam talian yang mudah dan pantas. Kami senaraikan beberapa hotel tempatan yang turut serta dalam penghantaran makanan dalam talian serta self pick-up untuk anda sendiri cuba hidangan mereka.