Boleh kata, ramai sebenarnya yang mengalami masalah rasa takut untuk terbang dek kerana melihat insiden yang melibatkan kemalangan kapal terbang dan macam-macam lagi.
Juruterbang bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua yang berlaku di atas kapal terbang yang mereka terbangkan, ini bermakna yang nyawa setiap penumpang adalah di tangan mereka untuk seberapa lama penerbangan itu mengambil masa.
Ini sekaligus membuatkan ramai orang yang rasa kurang yakin untuk terbang ke satu destinasi. Perkara yang selalu bermain di minda adalah adakah orang yang bertanggungjawab ke atas keselamatan setiap penumpang (juruterbang dan krew kabin) telah dilatih dengan baik, adakah mereka ingat akan setiap apa yang mereka pelajari, dan adakah mereka mempunyai skil untuk mengendali situasi kecemasan.
Jadi, di sini EH! kongsikan 11 rahsia juruterbang yang mampu bantu anda untuk mengurangkan masalah takut untuk menaiki kapal terbang.