Mungkin ada antara dari kita tidak sedar, bahawa kita hidup sebumbung dengan keluarga toksik kerana cetek ilmu tentang kitaran hidup keluarga yang sihat dan kurang pengurusan dalam mengendalikan aspek pembangunan anak-anak dan keluarga di rumah.
Keluarga adalah satu-satunya tempat di mana individu seharusnya merasa aman, dicintai, dan berasa selamat. Beberapa orang bertuah dilahirkan dalam keluarga yang mereka gemari menghabiskan masa bersama tanpa sebarang drama. Tetapi bagi orang lain, hanya melihat panggilan masuk dari ibu bapa boleh mencetuskan kegelisahan dan mereka membesar dengan perasaan negatif seperti cepat marah, overthinking, kaki pukul dan keletihan. Keluarga toksik boleh memberi kesan yang besar dalam kehidupan kita apabila dewasa kelak.
Kemusnahan sebuah rumah tangga sebenarnya boleh terjadi disebabkan ibu bapa sendiri. Lebih-lebih lagi jika mempunyai ciri ibu bapa toksik dalam diri. Bukan sahaja menjejaskan diri dan hubungan dengan anak, malah merosakkan hubungan seluruh keluarga.
Keluarga toksik sukar dikenali, terutamanya ketika anda masih berada di dalamnya. EH! senaraikan 5 tanda anda mempunyai keluarga toksik yang mungkin anda terlepas pandang:
1. Kurang komunikasi yang sihat
Zaman kini, manusia lebih menghabiskan masa dengan peranti elektronik berbanding berkomunikasi secara fizikal. Hal ini mendedahkan mereka kepada ‘dunia’ dan minda yang lebih ‘terbuka’ dengan perangai manusia yang kemudianya mereka mengikut tingkah laki yang tidak baik. Contoh, berkata kesat dan sering merendahkan ahli keluarga yang lain menjerumuskan kepada kesulitan untuk berbicara terbuka tentang perasaan, tidak dihargai dan lagi buruk meninggalkan kesan trauma yang berpanjangan.
2. Kontrol yang berlebihan
Antara ciri toksik yang anda perlu pantau dalam keluarga adalah, ibu bapa atau adik beradik yang suka kontrol secara berlebihan. Seorang atau beberapa ahli anggota keluarga mungkin mencuba untuk mengendalikan semua aspek kehidupan dalam kehidupan anda. Ini meliputi kepada aspek pemantauan yang berlebihan, larangan untuk memiliki teman-teman dan bahkan larangan memilih pekerjaan atau pasangan hidup. Kontrol yang berlebihan ini boleh menekan kehidupan seseorang dan membatasi perkembangan peribadi.
3. Penyalahgunaan emosional atau fizik
Penderaan secara fizikal dalam keluarga amat lah red flags. Jika ia bertujuan untuk menyakiti (bukan untuk memberi pengajaran), anda perlu mencari pertolongan cepat. Sesetengah keluarga suka menggunakan penderaan secara fizikal verbal, dengan harapan ia ‘mengajar’ mangsa. Namun, ia meninggalkan luka emosional yang dalam dan kesan jangka panjang pada kesejahteraan psikologi mangsa dan anggota keluarga yang lain.
4. Suka membandingan dan bersaing tidak sihat
Dalam keluarga toksik, pasti akan ada anggota keluarga yang sering membandingkan anaknya satu sama lain, baik dalam hal prestasi, penampilan atau perilaku. Ini dapat menciptakan rasa persaingan yang tidak sihat di antara adik-beradik atau antara orangtua dan anak. Perbandingan ini dapat merosak harga diri dan hubungan antara anggota keluarga.
5. Manipulatif
Selain hubungan, keluarga manipulatif juga wujud. Banyak orang yang menjadi korban perilaku manipulatif keluarga, tetapi mereka tidak menyedarinya.
Mereka mungkin gaslight perasaan anda, membuatkan anda rasa bersalah dan melayan baik selepas mengeluarkan kata kesat mahupun cederakan anda secara fizikal. Sekiranya ahli keluarga memanipulasi atau membuatkan anda berasa bersalah kerana tidak melakukan sesuatu, itu adalah ciri toksik dalam keluarga.