Kalau anda tertanya-tanya sama ada si dia sebenarnya sedang ‘geram’ atau tidak… kami akan bongkarkan tanda-tanda paling ketara yang biasanya ditunjukkan oleh lelaki apabila mereka menyimpan rasa yang mendalam.
Tidak semua lelaki berani atau pandai meluahkan perasaan secara terus terang. Ada yang memilih untuk memendam rasa, memerhati dari jauh,atau menunjukkan minat mereka melalui perlakuan yang tersirat.
Salah satu emosi yang sering disalah tafsir adalah perasaan “geram”. Bukan geram dalam maksud marah atau benci, tetapi geram dalam bentuk suka yang dipendam, tertarik yang terlalu kuat atau rasa cemburu yang sukar dikawal!
Jom semak tanda lelaki geram dengan kita, bukan sebab marah ya tetapi sebab tertarik sangat dengan kita sampai tak tahu nak kawal perasaan!
1. Suka merenung lama-lama (Tapi bila kantoi, dia pandang tempat lain)
Lelaki yang geram biasanya suka curi-curi pandang atau renung diam-diam dari jauh. Bila mata anda bertembung dengan dia, terus dia cepat-cepat alihkan pandangan, ps; kononnya tak perasan. Padahal dah lama dia perhati!
2. Suka cari pasal tapi sebenarnya nak perhatian
Si dia suka menyakat, provoke atau buat lawak pelik semata-mata nak tengok reaksi anda. Kadang-kadang sampai menyakitkan hati, tapi sebenarnya dia nak tarik perhatian sebab dia geram!
3. Cemburu apabila anda rapat dengan lelaki lain
Walaupun anda bukan siapa-siapa kepada dia, tetapi dia telah tunjuk tanda tak puas hati bila anda bergurau atau mesra dengan lelaki lain. Muka terus berubah atau tiba-tiba jadi pendiam.
4. Cari alasan nak bersama
Kalau ada peluang, dia mesti cari cara nak duduk dekat, tolong angkat barang, atau join aktiviti yang anda sertai. Sebab bila lelaki geram, dia rasa “nak dekat tapi tak tahu nak cakap macam mana.”
5. Tak boleh tengok anda pakai cantik, terus gelabah
Lelaki yang geram biasanya tak reti puji direct, tapi bila anda tiba-tiba tampil cantik atau seksi sikit, dia akan tegur macam, “Wah, ni nak pergi mana ni?” walaupun dalam hati dia sebenarnya terpegun!