“Dia suka aku ke eh? Tapi macam mana nak tahu?”
Soalan ini sering bermain di fikiran ramai wanita apabila mula merasai perubahan kecil dalam sikap seorang lelaki yang semakin kerap hadir dalam hidup mereka.
Cinta lelaki selalunya tidak terlalu lantang diungkapkan pada awalnya.

Sebaliknya, ia hadir dalam bentuk perhatian kecil, cara dia meluangkan masa, hingga bagaimana dia cuba sentiasa berada dekat walaupun tanpa alasan yang jelas.
EH! kongsikan 5 tanda lelaki sudah jatuh cinta dengan anda, yang mungkin selama ini anda terlepas pandang.
1. Dia sentiasa mencari cara untuk berhubung dengan anda
Apabila seorang lelaki mula jatuh cinta, dia akan cuba kekal “dekat” dengan anda walaupun tidak berada di hadapan mata. Dia akan menghantar mesej tanpa sebab, sekadar bertanya anda sudah makan, apa yang sedang anda lakukan, atau berkongsi perkara kecil yang berlaku dalam harinya.
Walaupun nampak remeh, ini sebenarnya tanda dia mahu sentiasa berada dalam ruang hidup anda. Dia juga akan menjadi orang pertama yang “reply” atau cuba meneruskan perbualan walaupun topiknya biasa-biasa sahaja.
2. Dia sangat peka dengan perkara kecil tentang diri anda
Lelaki yang jatuh cinta biasanya akan menjadi lebih observant tanpa disedari. Dia ingat perkara yang anda sendiri mungkin sudah lupa, minuman kegemaran, warna yang anda suka, atau tabiat kecil seperti cara anda ketawa atau merajuk. Perhatian ini bukan dibuat-buat, tetapi datang secara semula jadi kerana dia benar-benar memberi fokus kepada anda.
3. Dia sanggup meluangkan masa walaupun sibuk
Salah satu tanda paling jelas ialah keutamaan masa.
Walaupun dia mempunyai jadual yang padat, dia tetap akan mencari ruang untuk berjumpa atau sekurang-kurangnya berkomunikasi dengan anda. Lelaki yang tidak mempunyai perasaan biasanya akan memberi alasan, tetapi lelaki yang sudah jatuh cinta akan “create time” walaupun hanya untuk perbualan singkat.
4. Dia menunjukkan sikap melindungi secara semula jadi
Sikap protective ini biasanya muncul tanpa disuruh. Dia mungkin memastikan anda sampai dengan selamat, mengingatkan anda berhati-hati, atau risau apabila anda berada dalam situasi yang kurang selesa. Walaupun tidak terlalu berlebihan, tindakan ini menunjukkan dia mengambil berat tentang keselamatan dan kesejahteraan anda.
5. Dia mula lebih jujur dan terbuka tentang diri sendiri
Apabila perasaan semakin dalam, lelaki biasanya akan mula berkongsi lebih banyak tentang emosi, pengalaman silam, dan perkara peribadi. Ini adalah tanda kepercayaan yang tinggi. Dia tidak lagi sekadar bercakap perkara ringan, tetapi mula membuka sisi dirinya yang jarang ditunjukkan kepada orang lain.
