EH! senaraikan lima tawaran penginapan mewah yang berbaloi untuk anda sempena berlangsung Matta Fair yang berlangsung pada 4 sehingga 6 Sepetember ini.
Saya rasa sekarang orang memang suka cuti sekejap-sekejap saja. Tak mahu terlalu lama, tapi mahu cuti berulang kali. Orang kata, sekarang era orang suka ‘healing’. Jadi percutian pendek pada long weekend memang sudah jadi kebiasaan.
Jika mahu cuti berulang kali, kenalah bijak berbelanja. Jadi tawaran harga istimewa sempena Matta fair yang berlangsung tak lama lagi adalah alternatif terbaik untuk anda yang mahu berjimat tanpa mengurangkan standard percutian anda. Setiap harga yang dinyatakan akan dikenakan dengan caj perkhidmatan serta cukai tertentu yang lain.
Cameron Highlands Resort
Cuaca yang dingin dengan pemandangan menghijau dengan seni bina kolonial pastinya membuat percutian ke sini adalah satu escape terbaik buat warga kota. Terletak di tengah-tengah perbukitan menghijau yang diselaputi ladang teh, penginapan eksklusif ini mengundang anda untuk berehat, menenangkan fikiran dan menikmati ketenangan suasana tanah tinggi.
Tawaran yang tidak harus dilepaskan. Bermula dari RM1,099++ untuk setiap orang dewasa untuk kamar dua orang sebilik, dan untuk penginapan tiga hari dua malam. Anda juga boleh jimat RM200 seandainya penginapan berlangsung pada hari bekerja.
Apa lagi yang ditawarkan? Anda akan menginap di Spa Suite, lengkap dengan sarapan untuk dua orang. Anda juga berpeluang meinkmati rawatan spa selama 50 minit di Spa Village. Selain itu anda juga akan disajikan dengan makan malam ‘steamboat’, lengkap dengan sajian segar dari tanah tinggi. Bukan itu sahaja, pakej ini juga datang dengan sesi minum petang di Jim Thompson Tea Room.
Tawaran ini sah untuk penginapan sehingga 31 Mac 2027, tidak termasuk tarikh tertentu.
Pangkor Laut Resort
Jika anda gemarkan percutian dengan deruan air laut serta angin di tepian pantai, inilah destinasinya. Mulakan perjalanan anda ke Pangkor Laut Resort, sebuah pulau persendirian tempat impian menjadi nyata. Temui keindahan mempesonakan pulau eksklusif ini, yang menjadi lokasi perlumbaan ketahanan legenda The Chapman’s Challenge serta Opera in Paradise bertaraf dunia.
Bermula daripada RM1,199++ seorang, untuk penginapan dua orang sebili selama 3 hari 2 malam. Anda boleh jimat RM200 bagi percutian pada hari bekerja.
Nikmati percutian di vila mewah dengan tawaran sarapan, makan tenghari dan malam secara percuma sepanjang penginapan. Turut disediakan bot untuk pergi dan balik secara percuma.
Tawaran ini sah untuk penginapan sehingga 20 Disember 2026. Tidak termasuk beberapa tarikh tertentu.
Tanjong Jara Resort
Satu lagi pilihan untuk anda yang memang sukakan keasyikan percutian di tepian pantai. Jadikan Tanjong Jara Resort sebagai pintu gerbang anda untuk menerokai pantai-pantai yang masih terpelihara, menikmati rawatan spa yang menyegarkan, mencuba sajian kulinari autentik, melakukan penerokaan dunia bawah laut serta menyaksikan keindahan hidupan marin.
Bermula daripada hanya RM999++ seorang, berdasarkan penginapan dua orang sebilik, untuk penginapan selama 3 hari 2 malam. Nimati penjimatan eksklusif RM200 apabila anda membuat tempahan sekarang dan menginap pada bulan September dan Oktober.
Nimati penginapan di bilik mewah untuk dua orang termasuk sajian sarapan, makan tengahari dan makan malam yang lazat setiap hari secara percuma
Ada tawaran menarik untuk anda iaitu jika anda membeli dua pakej MATTA Resident, anda layak menerima baucar penginapan satu malam secara percuma di mana-mana AC Hotels by Marriott di Malaysia.
Manakala jika anda membeli empat pakej MATTA Resident, anda akan menerima satu pakej tambahan secara percuma. Sah untuk penginapan sehingga 31 Mac 2027, tidak termasuk beberapa tarikh tertentu.

The Majestic Malacca
Jika anda lebih sukakan percutian di kota lama, sambil menambah ilmu tentang sejarah, Melaka adalah destinasinya. Mahu lebih romantis, menginaplah di The Majestic Malacca.
Terletak di sepanjang Sungai Melaka yang sarat dengan sejarah, hotel ini menawarkan pengalaman menghayati warisan budaya kota yang kaya dengan kepelbagaian, di mana tradisi dan keselesaan moden berpadu dalam suasana yang tenang dan harmoni, menghidupkan kisah-kisah warisan Melaka yang terus kekal sepanjang zaman.
Harga tawaran bermula dari RM600++ semalam untuk penginapan mewah Deluxe Room. Nikmati juga tawaran menarik seperti sarapan pagi percuma untuk dua orang. Harga tawaran ini sah untuk penginapan sehingga 31 Mac 2027, dan tidak termasuk beberapa tarikh tertentu.
Gaya Island Resort
Jika mahu bercuti lebih jauh dan mahu terbang ke Sabah, apa kata tempah sahaja pakej penginapan di Gaya Island Resort. Terokai alam semula jadi yang masih terpelihara, kekayaan budaya serta kemewahan lestari di Gaya Island Resort. Terletak dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman, resort mesra alam ini dikelilingi hutan hujan tropika, terumbu karang dan pemandangan indah Gunung Kinabalu.
Bermula daripada RM1,099++ seorang, berdasarkan penginapan dua orang sebilik, untuk penginapan selama 3 hari 2 malam. Nikmati penjimatan eksklusif RM200 apabila anda menginap pada hari bekerja.
Anda juga bakal disajikan dengan sarapan, makan tengahari dan makan malam yang lazat setiap hari secara percuma. Turut disediakan ialah pemindahan bot laju berjadual pergi dan balik secara percuma.
Sah untuk penginapan sehingga 31 Mac 2027. Tarikh-tarikh tertentu tidak termasuk. Caj perkhidmatan serta cukai tertentu mungkin dikenakan.
Dengan tawaran-tawaran menarik yang disediakan, usah lepaskan peluang untuk merebut pakej menarik ini di Matta Fair. Anda juga boleh buat tempahan secara dalam talian di pautan INI.
Artikel Berkaitan: 5 Kafe Menarik di Sekitar Cheras Untuk Weekend Brunch








