Meneliti setiap pengguna telefon pintar hari ini, Samsung mempebaharui telefon pintar kelas pertengahan Galaxy A dengan perisian yang lebih baik bersama fungsi-fungsi menarik buat kepentingan pengguna hari ini. Dihasilkan khas untuk anda yang mahu kongsikan pengalaman istimewa dengan segera, Galaxy A50s dan A30s dipasarkan serba serbi dengan teknologi dan rekaan baharu buat kepuasan ramai.
“Telefon pintar antara hal penting dalam kehidupan, menghubungkan kita, membenarkan kita berkongsi pengalaman dan menghubungkan kita dengan dunia, jadi pengguna faham dan tahu apa yang mereka mahu dan perlukan dari sebuah peranti,” – Yoonsoo Kim, presiden Samsung Malaysia Electronics
Untuk edisi baharu, Samsung mengetengahkan Siri ‘A’ ini dengan rekaan yang lebih futuristik, dibalik rekaan skrin yang lebih menyeluruh, edisi kali ini juga menampilkan rekaan geomatrik bersama efek holografik di bahagian belakang dan tampil dalam tiga pilihan warna Prism Crush Black, Prism Crush White dan Prism Crush Green. Memahami pengguna yang gemarkan aplikasi online gaming, Galaxy siri ‘A’ ini juga hadir dengan bateri yang tahan lama, jadi anda boleh bermain game online tanpa memikirkan tentang masalah kehabisan bateri.
GALAXY A50s
Siri A50s tampil dengan perisian dan teknologi yang padat. Dihasilkan bersama tiga jenis kemera yang berfungsi bagai kamera profesional, anda kini tidak akan lagi ketingalan untuk merakam detik atau momen istimewa dimana sahaja anda berada. Galaxy A50s hadir dengan 48MP sebagai kamera utama, 8MP untuk Ultra Wide Camera dan 5MP Depth Camera, dengannya anda boleh merakam suasana konsert atau gambar percutian dengan lebih jelas seperta mana mata melihat, dan begitu juga buat rakaman video dalam kualiti yang sama seperti kamera profesional dengan fungsi terbaru Super Steady.
Tidak kiralah sama ada anda sering menggunakannya untuk media sosial , menonton filem kegemaran atau menggunakan aplikasi permainan, dengan Galaxy A50s ini kesemuanya akan tampak jelas dan luas dengan skrin 6.6 inch bersama FHD+ Super AMOLED infinity-U Display yang merupakan skrin tanpa bazel yang punya ratio yang tepat buat kesemua jenis tontonan.
GALAXY A30s
Peranti edisi A30s ini juga turut hadir dengan tiga jenis kamera yang tidak kurang hebatnya, mengetengahkan 25MP sebagai kamera utama, 8MP kamera Ultra Wide dan 5MP Live Focus dept camera, membolehkan anda untuk merakam gambar dengan efek latar yang kabur lebih berdinamik. Samsung mahu anda merakam gambar yang lebih berkualiti, maka mereka lengkapkannya dengan sistem kamera yang pintar yang mana fungi Intelligent Flaw Detector dan Scene Optimizer yang membolehkan anda untuk merakan gambar dengan lebih mudah dan sempurna.
Menampilkan saiz yang sama dengan model Galaxy A50s, peranti ini juga turut hadir dengan bateri yang besar 4000 mAh bersama saiz storan yang besar sehingga 512GB. Kedua-dua telefon ini juga turut dibekalkan bersama 15W Fast Charging dan sistem imbasan cakp jari melalui skrin yang sudah jadi antara fungsi ikonik buat kesemua edisi Samsung Galaxy yang ada hari ini. Samsung Galaxy A30s ini boleh dimiliki pada harga RM854.05 untuk saiz memori 64GB dan RM1234.05 untuk Galaxy A50s storan bersaiz 128GB.
Untuk keterangan lanjut sila layari laman web di sini atau kunjungu stor Samsung berhampiran sekarang!