Sudah berapa lamakah anda menceburi bidang Ilustrator ini?
Sejak 8 tahun yang lalu (2013), sebaik tamat pengajian dari The One Academy, Penang. Saya merupakan graduan dari jurusan Pengiklanan dan Reka Bentuk Grafik. Dahulu, pernah seorang pensyarah memberitahu yang saya tidak boleh melukis manusia dengan baik. Jadi saya bekerjasama dengan Chris kerana lukisan saya terlalu kartun dan tidak realistik. Saya selalu dapat markah B dalam kelas lukisan. Selepas tamat pengajian, saya banyak mereka bentuk grafik. Kemudian saya mulai belajar sendiri tentang cara melukis secara digital dan melukis tanpa henti. Daripada situ, ramai mulai sedar dan perasan yang saya sebenarnya memiliki bakat sebagai ilustrator kanak-kanak.