Apakah dan siapa sumber inspirasi anda?
Saya banyak menonton siri kartun semasa kecil dan bercita-cita mahu menjadi seorang ilustrator apabila dewasa kerana melukis adalah hobi saya. Saya seorang slow learner, ibu sendiri mengaku saya lebih pandai melukis daripada bercakap. Semasa kecil, apa yang saya mahu lakukan hanyalah melukis.
Ketika saya berumur empat tahun ketika itu dan saya menonton filem Titanic bersama kedua orang tua saya. Saya melukis kembali adegan dalam filem itui. Ibu ketawa melihat lukisan saya itu dan sering menggalakkan saya melukis lagi. Dia menunjukkan hasil lukisan saya kepada semua teman sepejabat. Ia adalah lukisan orang berbogel bersama daun. Ibu adalah inspirasi untuk saya terus melukis.