Sebagai seorang artis digital, apakah kebaikan menggunakan Procreate dalam kehidupan seharian?
Sebagai seorang artis digital, idea datang tanpa mengira masa dan tempat. Kami akan selalu membawa buku lukisan bersama dan melukis secara rawak. Tetapi dengan Procreate, ia merupakan platfom versi buku digital. Ia sangat mudah untuk digunakan dan bagi mereka yang tiada pengalaman melukis juga boleh menggunakannya.
Platfom ini juga sesuai untuk kanak-kanak. Kedua-dua anak sedara dan datuk saya menyenangi aplikasi Procreate dan mereka juga menggunakan ia sebagai buku lukisan digital.
Procreate ini secara dasarnya hanyalah sehelai kertas kosong di paparan skrin. Ia mempunyai pelbagai media berus lukisan, pensil, warna dan pelbagai kemudahan seni yang lain. Ia mudah dan aplikasi mesra lukisan digital. Procreate juga mempunyai asas pensil yang pelbagai seperti H, B2 sehingga kepada pensil arang. Anda boleh menukar kepada berus lukisan atau berus lukisan minyak (oil painting brush). Identiti ilustrasi saya lebih kepada bentuk lukisan yang simple dan bersih. Saya akan menggunakan berus lukisan di Procreate untuk menata hias tekstur secara terperinci.