Buat penggemar makanan Jepun, kini Isetan merasmikan enam pembukaan The Gardens Mall, The Table yang baru dibuka mewakili Jyu Jyu Yakiniku, Tamaruya Honten Teppanyaki, Tonkatsu by Ma Maison, Mo-Mo Paradise, Takumi Craft Bar dan Menya Appare.
Jika anda seorang yang sering mengunjungi Isetan The Japan Store di Lot 10 untuk masakan Jepun, anda pasti gembira apabila mengetahui Isetan The Gardens kini baru sahaja melancarkan The Table di The Gradens Mall. Ia bukan lagi sekadar destinasi runcit tetapi ia kini kedai sehenti untuk fesyen, kecantikan dan makanan, semuanya dalam satu perhentian sahaja!
Bagi yang belum tahu, The Table ialah konsep makan dan minuman yang diimport khas dan keaslian resepi dari Jepun. Tentunya yang premium hanya dihidangkan untuk pelanggan, menikmati pengalaman masakan yang unik seperti di Jepun. Isetan The Gardens kini punyai enam cawangan yang baru dibuka iaitu Jyu Jyu Yakiniku, Tamaruya Honten Teppanyaki, Tonkatsu by Ma Maison, Mo-Mo Paradise, Takumi Craft Bar dan Menya Appare.