Apabila kami bertanya, ramai di antara anda yang boleh mengikuti gaya hidup sihat termasuk memakan lebih sayur-sayuran. Tetapi untuk mendapat tidur yang secukupnya adalah sangat susah bagi kita yang sepatutnya tidur sekurang-kurangnya 7 sehingga 8 jam setiap malam. Di sini kami mempunyai beberapa tips untuk anda yang susah untuk mendapat tidur yang cukup pada setiap malam.
Tetapkan Waktu Tidur
Badan anda memerlukan jadual yang konsisten terutamanya waktu tidur. Sekiranya anda sudah mula masuk ke bilik tidur pada jam 10 setiap hari, ia akan terus diprogramkan ke dalam fikiran anda dan secara semulajadi anda akan merasa mengantuk. Tidak guna sekiranya anda terus bekerja di dalam keadaan otak yang penat. Tidurlah dahulu.
Anda juga digalakkan bangun pada waktu yang sama setiap hari walaupun di hujung minggu kerana sekiranya anda terlebih tidur, jadual tidur anda akan turut terganggu. Sekiranya anda terus merasa mengantuk selepas makan malam, lawan perasaan tersebut dan pastikan anda tidur pada waktu yang sama setiap hari.
SAJIAN MALAR SEGAR SELEBRITI >>
Tolak Tekanan Kerja ke Tepi
Cara ini sememangnya agak susah kerana walaupun anda berada di rumah, fikiran anda masih aktif memikirkan masalah di pejabat. Mungkin langkah ini boleh membantu. Gunakan sabun mandian de-stress dan mandi dengan air panas sebelum tidur. Ia boleh menenangkan anda dan membuatkan anda cepat lena.
ALAHAN KEPADA SELUAR DALAM & DUIT? >>
Bersenam
Semua orang tahu yang bersenam mampu memperbaiki kualiti tidur anda. Tetapi bersenamlah di waktu pagi kerana sekiranya anda bersenam pada waktu malam, ia akan memberikan tenaga kepada anda untuk berjaga.
DIET BUAH-BUAHAN PUNCA RAMBUT GUGUR? >>
Jadikan Katil Khas Untuk Tidur Sahaja
Jangan sesekali anda meletakkan komputer riba atau tablet anda di atas katil kerana anda mungkin akan terus bekerja walaupun sudah masuk waktu tidur. Kalau boleh, jangan letakkan televisyen di dalam bilik kerana ia bakal mengganggu waktu tidur anda.
Sekiranya anda tidak boleh tidur, pasangkan muzik yang tenang untuk membuatkan anda merasa mengantuk. Tutup lampu utama di bilik anda dan gantikan dengan lampu tidur malap seelok-eloknya sejam sebelum anda tidur untuk memberikan mood rehat kepada anda.
SALAHKAH WANITA MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA? >>
Jangan Ambil Kafein Selepas Pukul 2 Petang
Hadkan pengambilan kafein anda hanya sehingga sebelum pukul 2 petang sahaja. Kopi, minuman tenaga, coklat dan semua sumber kafein harus dijauhi kerana bimbang kesannya berlarutan sehingga ke malam hari dan menggangu waktu tidur anda.