Luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk melakukan senaman kardio setiap hari. EH! kongsi tiga cara squat yang bantu dapatkan bentuk punggung seksi.
Deep squat
Mencangkung sambil imbangi kedua tangan ke hadapan. Tongkatkan kedua belah tangan (muka menghadap ke lantai), sebelah kaki dibengkokkan manakala sebelah kaki lagi diluruskan ke atas. Tarik nafas semasa kaki ke atas dan hembuskan nafas anda tatkala kaki ke lantai. Ulang pergerakan sebanyak 14 kali dan tukar posisi sebelah lagi.
Kick Squat
Cangkung dan bounce sambil kaki sebelah kanan merenggang ke sisi (ulangi kaki sebelah lagi). Sambil baring, kaki kiri dibengkokkan 90 darjah manakala satu kaki lagi diluruskan sambil mengangkat punggung ke atas. Pastikan posisi badan anda lurus.
Side Squat
Bengkokkan kaki kanan 90 darjah ke hadapan dan kaki kiri diluruskan di sisi (ulang pergerakan dan tukar posisi kaki sebelah lagi).