Luangkan Lebih Masa Untuk Foreplay & Afterplay
Sebagaimana yang kita tahu, golongan wanita memang lambat untuk mencapai orgasma. Ini adalah punca utama hubungan seks kurang memuaskan untuk mereka. Jadi, apa yang suami boleh lakukan adalah lebihkan masa untuk melakukan foreplay. Sebelum hidangan utama, apa kata menyentuh, memeluk, mencium, meraba atau meramas tubuh badan isteri sehingga nafasnya mula menunjukkan dia sudah berahi sepenuhnya. Sesudah itu, barulah si suami boleh memulakankan aksi. Ini akan buat hubungan seksual lebih memuaskan buat wanita. Bagi lelaki pula, adegan ‘ringan-ringan’ yang dilakukan sebentar tadi akan menjadi pemanas badan sebelum aktiviti yang lebih berat. akhiri saat indah anda berdua dengan adegan afterplay. Ini bukan sahaja akan membuat hubungan seksual tahan lebih lama, malah ia juga akan boleh menguatkan lagi keutuhan cinta anda dan pasangan!