Selain kecanggihan feature dalam telefon, ada juga hal-hal penting lain yang perlu diambil kira dalam menentukan kualiti gambar mahupun video.
Apa yang membezakan kita dengan influencer? Maksud saya jika dinilai menerusi foto atau video yang dimuat naik di media sosial. Mengapa feed mereka diisi dengan gambar-gambar yang cantik dan video yang menarik? Walhal kita juga menggunakan telefon yang mungkin sama dengan mereka, dan aplikasi untuk suntingan juga mungkin yang serupa.
Saya percaya ini semua ada kena kaitannya dengan selera, kreativiti dan juga ‘kegigihan’. Orang kata kalau nak gambar atau video cantik kena bersusah payah sikit. Kenalah rajin kan! Selain rajin, biarlah kena caranya, perlu bijak supaya hasil content boleh dipercepatkan.
Shalma Ainaa yang dipilih oleh pembaca EH! sebagai ‘Influencer Fesyen Pilihan’ cukup dikenali dengan foto-foto #OOTD yang cantik belaka. She look so fashion dalam cara yang sangat effortless. Bila ditanya tentang rahsia gambarnya yang ‘stunning’, kata Shalma ada tiga benda yang dia pentingkan bila merakam gayanya.
Pertama, latar belakang (background) kenalah sesuai, lokasinya kenalah menarik. Lagi satu baju perlulah menarik, dan paling penting orang yang merakamkan gambar kenalah bijak mencari sudut (angle). Skil ini tidak semua orang ada, dan bertuah jika kita dikelilingi orang yang mahir mengambil gambar.
Kata Shalma lagi, dia suka mengambil gambar menggunakan kamera depan (front camera), biar berswafoto sekalipun dia lebih senang merakamkannya dengan kamera depan. Dan kerana itu jugalah mengapa dia selesa dengan Samsung Galaxy Z Flip4, baginya telefon flip ini memudahkannya merakamkan #OOTD biarpun tiada orang yang dapat membantu.
Bagi Daiyan Trisha pula, untuk berselfie kena bijak cari cahaya yang betul. Sama seperti kata Tyra Banks dalam siri realiti ‘America Next Top Model’, “find your light girls”. Cahaya natural adalah yang paling sempurna, sebab itulah gambar-gambar yang lawa selalunya apabila beerada di luar.
TIP VIDEO MENAR
Sofea Shra, penerima anugerah ‘Influencer Kecantikan Pilihan’ di Anugerah Stail EH! yang lalu memang popular dengan video-video tutorialnya di TikTok. Video solekan dan cara melilit hijab antara yang sering saja FYP. Kata Sofea, tiga perkara yang dia akan lakukan sebagai persiapan sebelum merakam video ialah menyiapkan pakaian-pakaianya, memastikan bateri telefon dicas penuh dan dia pastikan mindanya bersedia untuk hari yang panjang. Ya, video yang anda tonton tiga lima minit di media sosial akan mengambil masa yang lama rakamannya lebih-lebih lagi jika semuanya dilakukan sendiri. Itu belum lagi proses suntingan. Akan lebih panjang jika video tersebut mempunyai skrip yang perlu dihafal.
Bila ditanya tentang ciri-ciri penting untuk menjadikan satu-satu video itu menarik, bagi Sofea video tersebut mestilah ringkas dan tidak terlalu panjang. Isi kandungannya juga mestilah ada nilai. “Short and valuable,” kongsi Sofea. Dan dia berpendapat kerja merakam video sendiri lebih pantas dan mudah dengan Samsung Galaxy Z Flip 4 kerana dia boleh merakam video atau gambar di mana-mana sahaja termasuklah pada waktu dia tidak mempunyai tripod.