Perkara normal yang terjadi pada setiap wanita ialah, almari baju takkan pernah muat untuk menyimpan kesemua pakaian! Mana tidaknya, setiap bulan ada sahaja baju baru yang dibeli sampaikan tiada lagi ruang menyimpannya. EH! kongsikan tip untuk memaksimakan penggunaan ruang dalam almari baju kamu.
Untuk menyimpan skarf atau tudung, gunakan gelung langsir bilik mandi yang lama, letakkan pada penyangkut baju. Susun skarf atau tudung kamu seperti di atas.
Gunakan tab tin minuman bagi membolehkan kamu menggantung satu lagi penyangkut baju.
Bagi memudahkan supaya untuk mencari stoking atau apa sahaja helaian yang nipis dan kecil, gulung dan susun kedalam gelung paip PVC yang dipotong sama rata.
Maksimakan penggunaan ruang almari baju dengan menambah tempat penyangkut pada pintu almari.
Atau lekatkan penyepit baju pada pintu almari supaya murah untuk menyangkut helaian yang nipis seperti legging dan sebagainya.
Lipat baju dengan memastikan agar corak pakaian mudah dinampak supaya kamu tidak lupa akan pakaian yang kamu ada.
**Kredit gambar: amazinginteriordesign.com