Seronoknya hujung minggu ini nak melancong! Tapi… Ada satu masalah yang tak pernah selesai iaitu mengemas beg pakaian. Padahal nak melancong setakat tiga hari dua malam, tapi rasa macam nak bawa sebuah almari!
Gambar: blog.laterooms.com
Mulai hari ini, rajinkan diri buat senarai keperluan untuk melancong dulu. Ia sangat membantu dalam mengemas beg pakaian kamu. Masalah utama ialah tidak tahu macam mana nak susun seluar jean, jaket dan sebagainya. Tonton video di bawah, untuk belajar cara menyusun pakaian supaya muat dalam sebuah beg sahaja!