Percintaan jarak jauh adalah sukar dan mungkin tidak akan berjaya, tetapi ramai pasangan membuktikan bahawa ia tidak mustahil.
Sesetengah orang sering berfikir bahawa percintaan jarak jauh tidak akan berjaya. Tiada siapa boleh menjanjikan ia akan menjadi mudah kerana banyak perkara tidak dapat dilakukan bersama dan perkara boleh menjadi rumit. Ia juga mungkin akan membuatkan seseorang itu berasa sunyi dan sedih pada masa-masa tertentu.
Walaupun ia kelihatan mencabar dan boleh jadi menakutkan, perhubungan jarak jauh boleh berjaya. Ia hanya memerlukan sedikit usaha lebih. Berikut ialah tip untuk mengharungi percintaan anda bersama pasangan yang jauh di mata, dekat di hati!
1. Komunikasi ialah kunci kepada setiap hubungan
Komunikasi sememangnya penting terutama sekali bagi pasangan jarak jauh. Sesetengah pasangan mahu berhubung setiap jam tetapi ada juga yang merasa bosan untuk berhubung setiap hari. Cari masa untuk membincangkan antara satu sama lain berkaitan tempoh masa anda akan habiskan untuk mesej, bercakap atau bersembang video dalam sehari atau minggu. Bersikap terbuka juga bagus untuk mengubah suai kecenderungan komunikasi anda kerana kehidupan ini tidak dapat dijangka.
2. “Berada di sisi” walaupun di alam maya
Hubungan paling kekal lama ialah hubungan di mana setiap pasangan berjaya ‘ada’ untuk satu sama lain. Anda tidak boleh hadir secara fizikal untuk hari-hari penting tetapi itu tidak membuktikan perhubungan ini akan gagal. Pasangan jarak jauh mungkin perlu lebih usaha untuk satu sama lain berhubung. Jika anda telah menjadualkan masa untuk berhubung dengan pasangan anda, jadikan panggilan itu sebagai keutamaan. Jika pasangan anda mempunyai hari penting, hubungi atau mesej terlebih dahulu untuk mengetahui bagaimana ia berlaku. Dengan menganyam keperluan pasangan anda ke dalam hari anda, ia akan menunjukkan bahawa anda bersedia untuk mereka, tidak kira sejauh mana anda berada.
3. Bersikap jujur antara satu sama lain
Bercakap tentang jujur, dalam hubungan semestinya wujud perasaan cemburu, takut di mana ia akan menghantui anda. Apabila anda mempunyai masalah dan memilih untuk tidak jujur, susah untuk pasangan anda faham lebih-lebih lagi jarak antara satu sama lain jauh. Bersikap terbuka dan jujur ialah salah satu untuk menguatkan percintaan. Adalah lebih baik untuk jujur bercakap tentang masalah dihadapi pada peringkat awal daripada memendam dan hanya mendedahkannya apabila semuanya sudah terlambat.
4. Mengetahui jadual masing-masing
Ia amat penting untuk mengetahui jika pasangan anda sibuk atau mempunyai masa lapang. Ini supaya anda boleh menghantar teks atau membuat panggilan pada masa yang sesuai. Anda tidak mahu mengganggu pasangan anda apabila mereka berada di tengah-tengah kelas atau sedang mesyurat di tempat kerja. Pastikan anda mengetahui jadual harian antara satu sama lain, terutamanya jika anda tinggal di zon waktu yang berbeza, ia lebih penting.
5. Menukar barang peribadi untuk kenangan
Kenangan ialah sesuatu yang kuat dalam percintaan. Tidak kira apa, hoodie, cincin, minyak wangi atau playlist lagu, ia amat bermakna. Ia juga akan membuatkan pasangan anda terasa dekat dengan anda. Kita semua cuba menyimpan kenangan dalam perkara material supaya apabila fikiran kita gagal, kita masih boleh melihat atau memegang sesuatu yang akan membantu kita mengingati ingatan kita. Inilah sebabnya mengapa sesuatu begitu mudah boleh menjadi sangat bermakna kepada seseorang apabila orang lain mungkin melihatnya sebagai tiada nilai.
6. Merancang janji temu kreatif
Penjarakkan jelas menjadi isu apabila ingin merancang janji temu. Anda tidak boleh merancang untuk bertemu di restoran untuk makan malam bersama atau untuk pergi menonton wayang. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh berjanji temu dengan pasangan anda. Mungkin anda berdua boleh makan bersama sambil sembang video, bermain permainan atas talian, menonton filem bersama atau anda boleh meminta bantuan pasangan anda membeli belah atas talian sambil anda menyemak imbas web. Terdapat begitu banyak cara kreatif untuk berjanji temu yang boleh dilakukan melalui telefon.
7. Mencipta bucket list perhubungan
Walaupun dari jauh, anda juga boleh berkongsi keinginan tentang apa yang pasangan anda mahu nikmati bersama sepanjang hidup mereka. Mencipta bucket list bersama-sama adalah untuk menyediakan idea perkara yang ingin dicapai suatu hari nanti. Bucket list tidak semestinya penuh dengan sesuatu sukar dicapai seperti menerokai satu dunia, lompat bungee dari helikopter, sebaliknya idea lebih mudah seperti memasak masakan yang sama semasa sembang video atau melawat muzium apabila berjumpa. Tatkala bucket list itu penuh dengan idea anda berdua minati, ini akan memastikan hubungan anda menyeronokkan dan menghalang daripada terlalu sibuk dengan perhubungan yang lebih serius.
Baca: Pasangan Anda Anak Mak? Ini 5 Tip Yang Perlu Anda Tahu